Son Heung Min Perlu Pastikan Korea Menang Pingat Emas; Jika Tidak…

August 28, 2018 - 12:06 PM


Walaupun menang dengan Manchester United dengan jaringan 3-0 pada perlawanan pagi tadi, Totenham Hotspur perlu menghadapi satu lagi perlawanan minggu hadapan tanpa kelibat pemain daripada Korea Selatan; Son Heung Min yang sedang berkhidmat untuk pasukan Korea di Sukan Asia 2018.

Setakat ini, Spurs hanya menurunkan Son pada perlawanan pertama dan berkemungkinan terpaksa lupakan khidmat Son jika Korea gagal untuk memenangi pingat emas di Sukan Asia 2018. Mengikut undang-undang Korea Selatan, kesemua rakyatnya wajib menyertai latihan ketenteraan selama dua tahun.

Latihan ini tidak mengira status seseorang sama ada atlet, mahupun artis di Korea sendiri. Cuma, aka nada pengecualian merit dan Son boleh dikecualikan daripada perkhidmatan sekiranya Korea memenangi Sukan Asia.

Son merupakan individu yang sangat penting dalam serangan pasukan Spurs semenjak dua musim lalu. Korea perlu menang di separuh akhir menentang Vietnam dan kemudian bertemu sama ada Jepun ataupun UAE di peringkat akhir.

Sekiranya tewas, Spurs akan kehilangan Son selama dua tahun.