Spain Terkandas, Iniesta Sahkan Bersara Bermain Peringkat Antarabangsa



Kekalahan Sepanyol di tangan tuan rumah Russia pada perlawanan malam tadi dikhabarkan berkait rapat dengan kemelut yang melanda pasukan berkenaan sebelum bermulanya kempen mereka pada tahun 2018 ni.

Pemecatan Julen Lopentegui pada malam kejohanan secara tidak langsung merencatkan persiapan Sepanyol dan ini diterjemahkan dengan perestasi buruk mereka di peringkat kumpulan. Hanya menang menentang Iran, pasukan La Roja mencatat keputusan seri menentang Portugal, dan Morocco.

Walaupun berjaya mengungguli kumpulan dengan 5 mata, persembahan pasukan Sepanyol pada edisi kali ini ternyata mendapat kritikan daripada penyokong mereka.

Hilang Seorang Lagi Lagenda

Seperti ‘patah hati’ dan mungkin juga disebabkan faktor usia, Andres Iniesta mengumumkan persaraannya dari peringkat antarabangsa selepas tamat perlawanan menentang Russia.

Selepas mengumpul 130 caps dan merangkul 3 kejuaraan bersama pasukan Sepanyol, termasuklah Piala Dunia tahun 2010, lagenda Barca ini mengesahkan bahawa beliau akan ‘pencen’ daripada peringkat antarabangsa.

Diturunkan sebagai pemain simpanan menentang Russia malam semalam, Iniesta hanya dimasukkan pada minit 67 dan berjaya menyempurnakan sepakan penalti setelah keputusan masa penuh 1-1.

Tendangan Koke dan Aspas masing-masing diselamatkan oleh penjaga gol Russia Igor Akinfeev dan berakhirlah perjalanan sebuah lagi pasukan pilihan ramai.

Dikhabarkan Iniesta, 34, akan menyertai Vissel Kobe selepas mengakhiri kerjayanya di Barcelona.

p/s: Spain saje lah ni nak ikut jejak langkah German, Portugan dengan Argentina. Hehehe…