Suku Akhir Piala Thomas – Malaysia Bakal Bertemu Indonesia



Tewas kepada Denmark 3-2 dalam pertemuan akhir peringkat kumpulan semalam menyaksikan pasukan badminton negara menduduki tempat kedua dan bakal bertemu musuh tradisi iaitu Indonesia.

Undian perlawanan suku akhir dibuat sejurus perlawanan peringkat kumpulan tamat dan Malaysia akan bertemu Indonesia dan jika mereka berjaya menang, pasukan China akan menanti di peringkat separuh akhir.

Menurut Pengurus Pasukan Malaysia, Datuk Ng Chin Chai, perlawanan antara kedua negara ini diramalkan akan berlaku dengan sengit dan Malaysia mempunyai peluang 50% apabila bertemu juara sebanyak 13 kali tersebut.

Perlawanan antara Malaysia dan Indonesia akan berlangsung jam 8 malam ini waktu Malaysia dan perlawanan akan diadakan di Impact Arena, Bangkok. 

 

JADUAL PERLAWANAN PIALA THOMAS DAN UBER (24 Mei, Khamis)

Piala Thomas
3pm: China vs Taiwan
8pm: South Korea vs Denmark
8pm: France vs Japan
8pm: Indonesia vs Malaysia

 

Piala Uber
10am: Denmark vs China
10am: South Korea vs Canada
3pm: Indonesia vs Thailand
3pm: Japan vs Taiwan

 

Berikut pula adalah senarai awal pemain yang bakal diturunkan oleh kedua-dua pasukan menjelang perlawanan suku akhir malam ini.

 

MALAYSIA VS INDONESIA
(Nota: Ranking Terkini Sehingga Mei dalam kurungan )

PERSEORANGAN PERTAMA
Lee Chong Wei (7) vs Anthony Ginting (11)

BEREGU PERTAMA
Goh V Shem-Tan Wee Kiong (15) vs Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sukamuljo (1)

PERSEORANGAN KEDUA
Lee Zii Jia (45) vs Jonatan Christie (12)

BEREGU KEDUA
Aaron Chia-Teo Ee Yi vs Mohd Ahsan-Hendra Setiawan (51)

PERSEORANGAN KETIGA
Leong Jun Hao (95) vs Ihsan Maulana Mustofa (50)

 

REKOD PERTEMUAN BERDEPAN INDONESIA (MENANG 5, KALAH 9)
1958: KALAH 3-6 (FINAL)
1967: MENANG 6-3 (FINAL)
1970: KALAH 2-7 (FINAL)
1976: KALAH 0-9 (FINAL)
1984: KALAH 0-5 (GROUP)
1986: KALAH 1-4 (SEMI-FINAL)
1988: MENANG 3-2 (SEMI-FINAL)
1990: MENANG3-2 (SEMI-FINAL)
1992: MENANG 3-2 (FINAL)
1994: KALAH 0-3 (FINAL)
1998: KALAH1-4 (GROUP), LOST 2-3 (FINAL)
2004: KALAH1-3 (QUARTER-FINAL)
2014: MENANG 3-0 (SEMI-FINAL)

 

Kalau tengok rekod pertemuan, banyak kalah daripada menang, namun kami di Rileklah yakin rakyat seluruh negara akan memberikan doa dan sokongan kepada pasukan badminton negara dan moga diajar sahaja Indonesia itu. Hehehe…