Tiket Piala AFF 2018 Dijual Secara Online, Stadium Dan Terkini Di Cawangan Al-Ikhsan

October 23, 2018 - 01:22 PM


Berita baik buat seluruh peminat dan penyokong bola sepak seluruh negara. Sejak 20 Oktober lalu, tiket untuk menyaksikan perlawanan Harimau Malaya di Piala AFF telah mula dijual.

Pasukan kebangsaan berada di dalam Kumpulan A, bersama Vietnam, Myanmar, Kemboja dan Laos dan beberapa perlawanan akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil.

 

BACA JUGA : Senarai Pemain Yang Mewakili Malaysia Ke Piala AFF 2018

 

Minggu lepas, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) mengumumkan yang jualan tiket dibuka pada 20 oktober 2018 secara jualan atas talian melalui tikethotline. Ia membabitkan perlawanan kedua dan keempat kumpulan A, antara Malaysia dan Laos (12 November) dan Myamnar pada 24 November.

Harga tiket yang ditetapkan adalah RM30 untuk grand stand, RM20 untuk dewasa dan RM5 untuk tiket kanak-kanak bawah 12 tahun. Tiket yang dibeli secara online boleh diambil di kaunter khas di SNBJ yang akan dibuka pada 9 hingga 12 November bagi perlawanan bertemu Laos, dan penebusan tiket untuk perlawanan menentang Myanmar akan dibuka pada 21 hingga 24 November.

Untuk pengetahuan, selain penjualan online, tiket juga boleh didapatkan di kaunter stadium pada hari perlawanan.

Sebagai penambahan, semalam FML telah mengumumkan yang mereka telah menjalinkan kerjasama dengan Al-Ikhsan dan ada beberapa cawangan Al-Ikhsan juga turut menjual tiket perlawanan Piala AFF 2018.

Untuk korang yang nak ke Al-Ikhsan, berikut adalah senarai 20 cawangan terpilih sekitar Lembah Klang yang akan memulakan penjualan tiket berkenaan (terhad kepada 5 tiket bagi setiap pembelian) bermula Khamis ini, dari jam 10 pagi hingga 10 malam:

1. MyTOWN, Jalan Cochrane

2. Taman Dagang, Ampang

3. AEON Rawang

4. Batu Tiga, Shah Alam

5. NU Sentral, Jalan Tun Sambanthan

6. Kuala Selangor

7. Jejantas Sungai Buloh

8. AEON Shah Alam

9. Plaza Alam Sentral, Shah Alam

10. Melawati Mall, Taman Melawati

11. Setapak Central

12. Sunway Putra Mall

13. Megastore Bangi, Bandar Baru Bangi

14. Alamanda, Putrajaya

15. IOI City Mall, Putrajaya

16. Sunway Pyramid

17. The Curve, Mutiara Damansara

18. AEON Bukit Tinggi, Klang

19. Selayang Mall

20. Football Republic, KLCC

Bagi peringkat permulaan, jualan tiket hanya di 20 cawangan terpilih ini sebelum diluaskan ke cawangan-cawangan lain berdasarkan permintaan.

Sementara itu, ini jadual penuh pasukan Malaysia untuk Piala AFF 2018 :