Tips Fantasy Premier League – Delle Alli Cedera Sehingga Mac, Ini Calon Pengganti Sesuai Menjelang GW24



Kalau nak ikutkan, hujung minggu ini tiada perlawanan liga akan dijalankan sebab bagi laluan untuk pusingan ke-4 Piala FA. Jadi, korang ada masa sehingga 30 Januari untuk menukar mana-mana pemain sebelum tarikh tersebut lah untuk dapatkan mata yang maksimum.

Dalam ramai-ramai pemain, Dele Alli antara salah seorang yang paling ramai dikeluarkan oleh manager-manager FPL. Sebanyak 22,528 pasukan telah mengeluarkan Dele Alli yang cedera masa lawan Fulham dan dia dijangka kembali pada Mac.

Sebelum kita pergi ke pemain-pemain yang boleh menggantikan Dele Alli, kita tengok dulu perlawanan piala FA yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini.

GW24 EPL akan disambung pada hari Rabu, 30 Januari 2019. Ini adalah jadual perlawanan untuk English Premier League untuk minggu ke-24.

Rasanya semua perasan yang Dele Alli ada dalam senarai pemain cadangan dalam tips minggu lepas, cumanya Alli cedera selepas berjaya mendapatkan gol. Ini menambahkan pening kepala kepada pengendali Tottenham sebab sekarang ni dia dah kurang 3 pemain penting; Harry Kane, Son Heung-min dan Dele Alli.

Artikel Berkaitan : GW 23 - 5 Pengganti Harry Kane Menjelang GW23

Menentang Watford nanti, hampir pasti Alli tak dapat diturunkan dan dengar khabar, kecederaan Alli agak serius dan perlu berehat sekurang-kurangnya dua bulan. Jadi kepada pengurus, buatlah tindakan yang bijak, jual Dele Alli dan gantikan dengan salah seorang pemain ini :

#1. Christian Eriksen (9.4m)

Eriksen adalah seorang sahaja pemain tengah yang menjadi dalam pasukan Tottenham musim ini. Dalam 7 penampilan, Eriksen berjaya menyumbangkan 44 mata.

Rasanya berbaloi jugak gantikan Alli kepada Eriksen.

 

#2. Paul Pogba (8.7m)

Selepas diambil alih oleh Ole Gunnar Solskjaer, persembahan Paul Pogba sangat berlainan daripada era Mourinho. Daripada 6 perlawanan, Pogba mendapat 62 mata. Jangan lupa, Pogba juga dipertanggungjawabkan untuk mengambil penalty dan ada set-piece yang boleh mendatangkan mata assist.

 

#3. Gylfi Sigurdsson (7.3m)

Nama Sigurdsson agak tenggelam musim ini sebenarnya. Lebih-lebih lagi disebabkan banyak nama-nama baru yang meningkat naik untuk diletakkan sebagai pemain tengah. Ikut statistic, hanya 6.5% pengurus mempunyai Sigurdsson dalam pasukan.

Dalam diam, dia dak kumpul 111 mata tau.


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk tahun 2019 ni, kami masih ikut format yang sama iaitu hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan.

 

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]


[ HADIAH PEMENANG BULAN JANUARI ]

Untuk Januari ni, korang semua berpeluang menangi hadiah tajaan Kaki Jersi. Kaki Jersi adalah destinasi premium untuk korang dapatkan jersi-jersi yang berkualiti dengan harga berpatutan.

Selain material yang selesa,design yang premium untuk dipakai masa korang keluar dating, korang boleh jugak kalau nak custom untuk pasukan korang sendiri. Cuba tengok contoh design Klasiko FC ni, smart tau!

Untuk bulan Januari ni,  pemenang pertama akan menerima voucher bernilai RM150, pemenang kedua RM 100 dan ketiga RM80 daripada KakiJersi.

Tak cukup dengan itu, ada diskaun tambahan lagi kalau korang nak buat jersi untuk team bola atau futsal korang sendiri. Yang penting, ianya bukan cap ayam. Kaki Jersi punya tau. Memang puas hati!

 

Untuk Maklumat Lanjut :

Website : KakiJersi

Facebook : KakiJersiDotCom

Instagram : KakiJersiDotCom