Tips Fantasy Premier League – Gameweek 18

December 20, 2018 - 03:10 PM


Minggu ni, kita dikejutkan (sebenarnya boleh dijangka) dengan pemecatan Jose Mourinho. Dan semestilah, peminat dan penyokong Manchester United tak sabar nak tunggu Gameweek 18 untuk lihat aura Ole Gunnar Solskjaer sebagai manager interim kan.

Untuk tips minggu ini, beberapa pemain terpilih untuk diberikan perhatian. Antaranya daripada West Ham, Chelsea dan United sendiri turut tersenarai.

5 Pemain Yang Perlu ada Untuk Gameweek 18 FPL :

#1. Anthony Martial, Manchester United

Pertukaran pengurus pasukan boleh membawa perubahan kepada pasukan. Mengikut rekod Solskjaer sebagai pengurus, dia gemar corak menyerang dan kalau nak diikutkan, Martial, Lukaku dan Rashford akan lebih bebas di posisi menyerang.

Selepas tewas 1-3 di tangan Liverpool minggu lepas, United berkemungkinan besar tamatkan kemarau kemenangan mereka berdepan Cardiff minggu ini

 

#2. Fabian Balbuena, West Ham

West Ham hanya berjaya mencatatkan 3 perlawanan tanpa bolos tetapi kesemuanya berlaku empat perlawanan sebelum ini. Kalau trend ini berlaku lagi, memang pemain pertahanan ni patut ada dalah ‘watch list’ korang.

 

#3. Leroy Sane, Manchester City

Sane, nama yang tidak asing dalam pemain yang patut ada dalam skuad FPL musim ini, buat masa sekarang, Sane dah jaringkan 3 gol dan mencatat 4 assist.

Tidak diturunkan semasa menentang Leicester tempoh hari, Gameweek 18 ni, Sane berkemungkinan besar akan menyerlah lagi. Kalau berani, bagi dia captain.

 

#4. Hugo Lloris, Tottenham Hotspur

Walaupun permulaan musim yang agak goyah buat Lloris, dia semakin perform akhir-akhir ini. 7 perlawanan tanpa bolos, empat daripadanya adalah perlawanan terkini.

Selepas ini, Spurs akan berdepan dengan Everton, Bournemouth dan Wolves. Rasanya kurang thread yang Tottenham hadapi nanti.

 

#5. David Luiz, Chelsea

Mungkin Luiz tidah digemari oleh penyokong Chelsea, namun dalam FPL, dia merupakan salah seorang defender yang boleh dipertimbangkan.

Mencatat kutipan mata sebanyak 75 setakat ini, top 5 ranking mata defender. 


LIGA FANTASY RILEKLAH

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

 

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657


[ Hadiah Bulan Disember ]

Untuk Disember ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur dan Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

 

Pemenang pertama akan menerima voucher penginapan untuk 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher penginapan untuk 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

 

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

 

Hotel bertaraf 5-bintang ini terletak bertentangan dengan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC). Terletak bersebelahan dengan kompleks beli belah Sunway Putra, sesiapa yang menginap disini pasti mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan.

 

Promosi Terkini Hotel Sunway Putra :

Pakej Percutian Sempena Christmas dan Tahun Baru

Sempena perayaan Chrismas dan tahun baru yang akan menjelang tak lama lagi, Hotel Sunway Putra ada sediakan pakej penginapan menarik. Bilik Deluxe, dengan sarapan pagi bermula pada RM266 satu malam.

Penginapan boleh dilakukan dari 1 Disember 2018 hingga 1 Januari 2019

Klik Untuk Dapatkan Promosi Ini

 

Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur

 

Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

 

Promosi Terkini Hotel Sunway Velocity :

Sekarang, mereka ada buat promosi tempahan secara langsung melalui laman web untuk dapatkan lebih banyak penjimatan; 15% untuk Rate Terbaik dan terima voucher semasa check-in.

Klik Sini Untuk Maklumat Lanjut