Tips Fantasy Premier League – Pilihan Kapten GW25 Didominasi Pemain Dengan ‘Double Gameweek’



Menurut scout FPL, Mo Salah berkemungkinan besar tidak dijadikan captain untuk kebanyakan pasukan minggu ini. Sebabnya, Manchester City dan Everton masing-masing ada dua perlawanan dalam satu minggu. Maknanya, ada advantage dari segi mata disitu.

Double gameweek pertama musim 2018/2019 ni akan menyaksikan impak besar kepada komuniti FPL, lebih-lebih lagi dalam memilih ketua pasukan yang bakal menyumbang mata double.

Kalau nak diikutkan, dari segi statistik yang disediakan. Mo Salah telah dipilih menjadi ketua pasukan paling banyak dalam dua gameweek lepas. Diikuti oleh Aguero dan Hazard.

Tapi, pada GW-25 ni, City dan Everton masing-masing akan bermain dua kali, dan semestinya ramai pengurus akan meletakkan mana-mana pemain yang ada dalam dua pasukan tersebut sebagai captain.

City akan berdepan dengan Arsenal sebelum ke Everton untuk game hari pertengahan, manakala Everton akan bertemu Wolverhampton.

Antara pemain City yang korang boleh letakkan sebagai captain adalah :

Sergio Arguero (11.3m)

Raheem Sterling (11.3)

Leroy sane (9.7m)

Kalau nak pemain Everton; boleh pilih :

Gylfi Sigurdsson (7.4m)

Richarlison (6.8)


| LIGA FANTASY RILEKLAH |

Untuk Liga Fantasy Rileklah ni, kami gunakan format bulanan. Maksudnya, hadiah diberikan secara bulanan. Jadi, semua berpeluang menang setiap bulan dan hadiah yang diterima adalah berbeza-beza. 

 

Untuk join Liga Fantasi Rileklah; korang masukkan code ini ye : [1094348-245657]


[ HADIAH PEMENANG BULAN FEBRUARI ]

Untuk Februari ni, tiga pengurus teratas akan menerima SATU (1) unitTumbler atau Flask dari VAKKUM, jenama dari German. VAKKUM ni, ianya adalah botol air atau flask jenis ANTI BAKTERIA yang pertama di Malaysia. Dengan menggunakan teknologi dari Korea.

Design dia memang tahan lasak dan paling penting, menarik sangat warna dia. Ada pelbagai saiz dan boleh untuk digunakan simpan air sejuk atau panas. 

Kelebihan VAKKUM

  • Anti Bakteria (99.9 berkesan dan diuji oleh sgs)
  • Pastikan air yang korang minum sentiasa bersih
  • Sesuai untuk mereka yang nak amalkan gaya hidup sihat
  • Banyak design dan kegunaannya
  • Air akan kekal sejuk atau panas melebihi 8 jam

Matlumat lanjut boleh ke Facebook OasisSwiss atau ke www.vakkum.com