Tips Fantasy Premier League : 5 Pemain Untuk DImasukkan Ke Pasukan Menjelang GW9



Hujung minggu ini, saingan Premier League akan kembali setelah jendela rehat untuk perlawanan antarabangsa.

Untuk perlawananan hujung minggu ni, boleh dikatakan ada beberapa perlawanan yang agak menarik. Antaranya; dah tentulah pertemuan antara Manchester United dan Chelsea. Selain Tottenham yang akan menentang West Ham.

Sebelum ke perlawan GW 9 nanti, macam biasa, kitorang ada sediakan tips untuk pemain liga fantasy secara umumnya dan dah tentu untuk siapa yang join Liga Fantasy Rileklah.

Untuk minggu ke 9 ni, ada 5 orang pemain yang patut korang pertimbangkan untuk dimasukkan ke dalam pasukan masing-masing. Pemain-pemain yang dimaksudkan adalah :

 

#1. Jamie Vardy, Leicester

Walaupun persembahan Vardy masih belum mencapai tahap macam musim sebelum ni, tapi vardy masih boleh dipertimbangkan. Sebabnya, perlawanan mendatang Leicester iaitu menentang Arsenal (minggu ini), kemudian West Ham, Cardiff dan Burnley.

Kalau ikutkan rekod terdahulu, Vardy dah score 3 melawan Arsenal tau. Ada kemungkinan, walaupun kalah nanti, Vardy tetap akan sumbangkan mata.

Harga : 9m  

Kutipan Mata Terkini : 28

 

#2. Anthony Knockaert, Brighton

Newcastle, Wolves, Everton, Cardiff, Leicester, Huddersfield, Crystal Palace dan Burnley; itulah 8 perlawanan yang akan dihadapi oleh Brighton nanti.

Knockaert salah seorang pemain yang menyerlah untuk Brighton pada musim ini. Setakat ini, dah membuat 3 bantuan dalam jaringan gol dan 1 gol.

Harga : 5.5m

Kutipan Mata Terkini : 30

 

#3. Roberto Firminho, Liverpool

Liverpool dijangkakan berdepan dengan minggu yang sukar apabila ramai pemain mereka cedera ketika mewakili negara masing-masing. Mo Salah, Mane, Van Dijk dan Keita, kesemuanya cedera.

Firminho salah seorang yang pasti diturunkan pada minggu ini, menentang Huddersfield dan Cardiff pada minggu hadapan. Rasanya inilah masa terbaik ambil Firminho.

Harga : 9.3m

Kutipan Mata Terkini : 34

 

#4. Andre Schurrle, Fulham

Setakat ini, hanya 4 pemain daripada EPL yang membuat percubaan lebih daripada pemain sayap Fulham ini.

Dengan 2 gol setakat ini, perlawanan seterusnya menentang Huddersfield, Bournemouth dan Cardiff bukanlah masalah dengan persembahan Fulham yang agak konsisten setakat ini.

Harga : 5.9m

Kutipan Mata Terkini : 28

 

#5. DeAndre Yedlin, Newcastle

Mempunyai pemain Newcastle dalam skuad adalah ibarat mengambil risiko. Tapi, ada beberapa pemain yang mempunyai nilai yang agak baik jika nak dibandingkan persembahan dan prestasi mereka.

Hanya 4.5m, setakat ini Yedlin telah mengumpul 28 mata. Dari segi perlawanan, Newcastle akan bertemu dua pasukan yang mempunyai jumlah serangan paling sikit di EPL setakat ini iaitu Southampton dan Brighton.


LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan. Untuk bulanOgos dan September, pemenang boleh rujuk di posting kami di Facebook.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitrorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN OKTOBER

Untuk bulan Oktober, 3 manager teratas akan menerima voucher membeli belah di Sport Direct bernilai RM200. Pemenang pertama RM100, Kedua dan Ketiga RM50.

Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...