Tips Fantasy Premier League : 5 Perkara Penting Korang Kena Ingat Untuk Bulan Disember

December 06, 2018 - 02:54 PM


Kebiasaannya kitorang akan bagi tips minggu per minggu kan, kali ni lain macam sikit. Sebabnya bila masuk Disember, kebiasaannya perlawanan akan lebih banyak dan tak mustahil dalam satu minggu ada dua kali perlawanan. Macam minggu ni. Rabu, Khamis ada game, Sabtu, Ahad macam biasa.

Jadi, tips kali ini kita fokuskan secara umum, bukan kepada pemain seperti kebiasaan. Ini tips fantasy untuk minggu ini :

#1. Jangan Lupa Update

Sekali lagi nak diingatkan, GW 15- 21 (7 minggu perlawanan) akan dihabiskan dalam masa 31 hari. Jadi, kalau korang team yang tengah struggle, boleh gunakan tips ini untuk sekurang-kurangnya rapatkan mata dengan pendahulu liga.

Apa yang penting dekat sini, alert dengan pemain yang injured, dan dateline untuk satu-satu GW. Ingat, sekali silap update pun boleh sebabkan ketinggalan mata yang banyak tau.

Ini Deadline untuk transfer :

GW16 deadline: Sabtu 8th Disember (11:30 GMT)

GW17 deadline: Sabtu 15th Disember (11:30 GMT)

GW18 deadline: Jumaat 21st Disember (19:00 GMT)

GW19 deadline: Rabu 26th Disember (11:30 GMT)

GW20 deadline: Sabtu 29th Disember (14:00 GMT)

GW21 deadline: Selasa 1 Januari (11:30 GMT)

 

#2.  Gunakan WILDCARD

Kalau korang belum gunakan wildcard, inilah masanya. Setiap pasukan akan dibenarkan mengunakan wildcard sebanyak 2 kali dalam satu kempen. Yang pertama, gunakan menjelang GW 20 nanti. Kalau belum pakai, pastikan guna dan aktifkan sebelum Sabtu, 29 Disember.

Senario dekat sini, tak pakai rugi!

Wildcard kedua, simpan dulu. Gunakan waktu sesuai selepas GW21 nanti. Kena ingat, nanti ada gameweek yang double. So, kalau ‘kena’ naik banyak point korang nanti.

Peringatan : Wildcard ni ibarat ‘chip’ kalau dah gunakan, korang tak boleh dah nak guna card yang lain macam bench boost atau triple captain. So, kena pandai-pandai.

 

#3. Pasukan Pilihan

Ada beberapa pemain dari pasukan – pasukan tertentu yang korang kena ada dalam fantasi korang. Antaranya West Ham. Pemain macam Filipe Anderson contohnya.

Selain itu, Spurs juga dijangkakan mempunyai lawan yang mudah menjelang GW15-21 nanti. Walaupun akan ada perlawanan Champions League, elok rasanya ada Kane ataupun Christian Eriksen dalam team sekarang.

Southampton adalah salah satu pasukan yang korang kena elak. Sebabnya dalam GW 15-21 nanti diorang akan bertemu kelab – kelab besar seperti Arsenal, Spurs, City dan juga Chelsea. Tapi, kalau korang confident, teruskan. Bolasepak, macam – macam boleh jadi kan.

 

#4.Gunakan Skuad Sebaiknya

Jujurlah, mesti ada setidaknya seorang player tah mana-mana, murah dan tak pernah langsung start. Dari awal set pasukan, memang duduk dekat bench.

Mulai sekarang, set balik pasukan fantasi korang. Pastikan setidaknya player yang ada, akan diturunkan. Tak kiralah dari mana-mana pasukan sekalipun, setidaknya dia sumbangkan 1 atau 2 point, daripada tak ada langsung.


LIGA FANTASY RILEKLAH

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN DISEMBER

Untuk bulan Disember ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur dan Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher penginapan untuk 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher penginapan untuk 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Hotel bertaraf 5-bintang ini terletak bertentangan dengan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC). Terletak bersebelahan dengan kompleks beli belah Sunway Putra, sesiapa yang menginap disini pasti mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Disebabkan lokasinya yang strategic, ramai pelancong memilih untuk menginap disini. Tarikan terdekat semestinya Dataran Merdeka, Bandar Kuala Lumpur dan hanya 3km daripada KLCC.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan hotel, boleh layari laman web Sunway Putra Hotel di : https://putra.sunwayhotels.com/

 

Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Hotel ini boleh dikatakan pendatang baru di Kuala Lumpur. Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke sini sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Maklumat lanjut atau tempahan hotel boleh dibuat melalui laman web Sunway Velocity Hotel iaitu di  : https://velocity.sunwayhotels.com/