Tips Fantasy Premier League : Defender & Liga Fantasy Rileklah

July 30, 2018 - 12:43 PM


Rasanya semua tak sabar untuk menantikan liga paling banyak tontonan di Malaysia iaitu English Premier League ataupun EPL bermula kan?

Perlawanan pertama akan menyaksikan Manchester United melawan Leicester City pada 11 Ogos nanti jam 3 pagi.

Dalam pada itu, mesti ramai antara korang yang tengah susun player untuk Fantasy Premier League kan? Ini kitorang ada tips untuk pilih defender bagi menguatkan team fantasy korang tu.

Pemilihan defender-defender ini berdasarkan form diorang season lepas. Format dia adalah Nama pemain, nilai, dan statistik musim lepas.

#1. Jamaal Lascelles (Newcastle) : 5.0m – 3 gol, 0 assist

 

#2. James Tomkins (Crystal Palace) : 4.5m – 3 gol, 0 assist

 

#3. Daryl Janmaat (Watford) : 5.0m – 3 gol, 1 assist

 

#4. Shkodran Mustafi (Arsenal) : 5.5m – 3 gol, 1 assist

 

#5. Antonio Valencia (Manchester United) : 6.5m – 3 gol, 1 assist

 

#6. Danilo (Manchester City) : 5.5m – 3 gol, 2 assist

 

#7. Victor Moses (Chelsea) : 6.0m – 3 gol, 6 assist

 

#8. Nicholas Otamendi ( Manchester City) : 6.5m – 4 gol, 0 assist

 

#9. Patrick van Aanholt (Crystal Palace) : 5.5m – 5 gol, 1 assist

 

#10. Nacho Montreal (Arsenal) : 5.5m - 5 gol, 2 assist

 

#11. Marcos Alonso (Chelsea) : 6.5m - 7 gol, 2 assist

Jadi, antara pemain-pemain ni, berapa ramai ada dalam GW1 korang? Kalau taka da, sempat lagi nak transfer. Selain penyerang, point untuk defender jugak banyak. Lagi-lagi kalau ada ‘thread’ dalam serangan yang diorang ni berjaya halang, selain itu, setiap gol oleh pemain pertahanan akan mendapat markah lebih daripada penyerang atau midfielder.

JOM JOIN LIGA FANTASY RILEKLAH

Untuk korang yang dah ada team tu, jomlah join Liga Fantasy Rileklah. Kita meramaikan majlis bak kata orang. Share dengan kawan-kawan kaki FPL jugak, mana tahu, ada rezeki, menang hadiah. Yang tak register lagi, boleh register team disini

Ye, kami akan sediakan hadiah untuk 3 team teratas pada akhir season, dan ada jugak hadiah-hadiah tertentu untuk setiap bulan. Tapi untuk pengumuman pemenang, korang kena refer page Facebook Rileklah lah ye... Page ada di bawah post ini...

Untuk bulan Ogos, kami akan berikan t-shirt eksklusif Rileklah.com untuk 3 team teratas liga. Jadi tunggu apa lagi;

T-shirt Eksklusif Rileklah Untuk 3 team teratas

Jomlah join ramai-ramai, masukkan code ini : 1094348-245657

Good luck! Yang belum like tu, boleh like page kitorang ye..