Tips Fantasy Premier League : Kapten Pilihan GW12

November 08, 2018 - 12:08 PM


Liga Fantasy Premier League semakin rancak setiap minggu, ada yang mengena, ada yang tidak. Untuk minggu ni, kitorang nak kongsikan berkenaan pemilihan kapten.

Pemilihan kapten yang tepat akan sdikit sebanyak memberikan jumlah mata yang tinggi kepada sesuatu pasukan. Yelah, kapten akan diberikan mata double.

Kalau nak diikutkan, kebanyakkan akan memilih Mo Salah ataupun Kane. Untuk minggu ini, Liverpool akan menerima kunjungan daripada Fulham manakala Spurs akan bertemu Newcastle.

Tapi; kalau korang nak ada advantage atau taknak klise sangat, ini adalah pilihan pemain yang korang boleh jadikan kapten menjelang GW12 nanti :

#1. Sadio Mane (9.8m) – vs Fulham (H)

Kalau korang tak ada Salah dalam pasukan, pilihlah Mane. Untuk minggu ini, Mane akan bertemu Fulham. Mane mengutip lebih banyak mata berbanding Mo Salah di GW10, 15 mata ditambah pulak dengan 3 mata bonus.

#2. Harry Kane (12.4m) vs Crystal Palace (a)

Bermain ditempat lawan pada minggu ini, jaringan minggu lepas meletakkan Kane setakat ini telah mengumpul 5 jaringan daripada 6 percubaan pada perlawanan di tempat lawan.

Ikut statistik terkini, Kane sekarang menduduki carta ke-3 dalam percubaan ke gol dengan 37 percubaan manakala hanya 19 percubaan menerjah gawang lawan.

 

#3. Callum Wilson (6.7m) vs Newcastle (a)

Walaupun tak ramai yang menggunakan Wilson, setakat ini beliau hanya 3 mata dibelakang Sergio Arguero. Pemain Bournemouth ini telah menjaringkan 4 daripada 6 gol miliknya di gelanggang lawan.

Newcastle setakat ini dah bolos 9 di tempat sendiri. Walaupun Wilson banyak kali terlepas peluang (10kali), penyerang ini mempunyai potensi yang besar dan mampu mengucar-kacirkan Newcastle.

 

#4. Raheem Sterling (11.1m) – vs Man Utd (H)

Dengan kutipan mata tertinggi di GW11 iaitu 21 mata, jaringan dan assist sebanyak 2 kali, Sterling hanya ada dalam 7.7% pasukan yang ada di FPL. Dalam masa yang sama, dengan perlawanan-perlawanan yang mendatang, harganya dijangka mencanak naik lagi nanti.

Lawan City, United setakat ini dah bolos 18 kali dan 10 daripadanya di tempat lawan.


LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN NOVEMBER

Untuk bulan November ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel di Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher untuk 3 hari 2 malam di ANSA Hotel, Kuala Lumpur.
Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50

Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...