Tips Fantasy Premier League :Pemain - Pemain ‘Best Value’ Menjelang GW13



Menjelang GW13 di Premier League pada minggu hadapan, kebanyakan pemain akan terlibat untuk mewakili negara masing-masing dalam perlawanan antarabangsa. Jadi, EPL akan berehat selama satu minggu dan akan kembali pada 24 November nanti.

Untuk GW13 nanti, ada beberapa pemain yang ada dalam pemerhatian dan ‘best value’ untuk ditukar atau ditambah dalam skuad fantasi korang tu. Pemain-pemain ini merupakan pemain yang mempunyai nilai (form) yang tertinggi – dikira sebagai mata per juta dan berdasarkan perlawanan terkini.

#1. Ross Barkley – Chelsea, 6.0m – value 1.1

Tiga perlawanan terakhir yang cemerlang membuatkan nama Barkley kembali menjadi sebutan, walaupun 2 perlawanan sebelum itu agak mengecewakan.

 

#2. Asmir Begovic – Bournemouth, 4.5m – value 1.1

Walaupun kebanyakkkan pemain daripada Bournemouth sangat membantu pengurus-pengurus FPL untuk mendapatkan mata, penjaga gol Bournemouth ini juga tak mahu ketinggalan. Minggu kebelakangan ini, persembahan Begovic agak memberangsangkan.

 

#3. Ben Chilwell – Leicester, 5.1m – value 1.2

Selain sering memberikan mata clean sheet, Chilwell dah banyak kali jugak menyumbang mata dalam bantuan mendapatkan gol. Siapa ada Chilwell ni agak beruntung sebenarnya.

 

#4. Kiko Femenia – Watford, 4.3m – 1.3 value

Bek kanan Watford ini kembali mendapat perhatian dan menjadi pembelian yang baik selepas sering mendapat tempat dalam kesebelasan utama.

 

#5. Callum Paterson – Cardiff, 5.2m – 1.3 value

Tiga jaringan gol dalam empat perlawanan kebelakangan ni, tak mustahil Paterson akan dipilih oleh ramai manager-manager untuk mantapkan FPL diorang. Harga pun makin lama makin naik lah tu.

 

#6. Mathew Ryan – Brighton, 4.6m – 1.3 value

Brighton mempunyai rekod yang sangat cantik beberapa minggu lalu, dengan perlawanan yang mudah selepas ini, dijangkakan Brigton akan mampu mengutip banyak mata lagi.

 

#7. Anthony Martial – Man Utd, 7.6 m – 1.4 value

Antara pemain yang paling menjadi pada musim 2018/19 ni. Rasanya prestasi Martial tak dapat disangakal lagi, tenggelam pemain-pemain lain. Setakat ni, Martial dah menyumbang 5 gol dalam 5 perlawanan terakhir beliau.

 

#8. Juan Foyth – Tottenham, 5.0m – 1.5 value

Walaupun penampilan pertamanya dengan Totenham berakhir dengan kedukaan, Foyth masih boleh diberikan peluang, lagi-lagi selepas persembahannya menentang Crystal Palace temoh hari.

 

#9. Lewis Dunk – Brighton, 4.4m – 1.6 value

Walaupun gagal mendaptkan mata untuk clean sheet, Dunk mula untuk menjaringkan gol. Gol daripada seorang pemain pertahanan memang best kot. 6 mata!

 

#10. Jordan Pickford – Everton,4.9m – 1.8 value

Carta pemain ‘best value’ diungguli oleh penjaga gol Everton, Pickford. Berjaya menyelamatkan beberapa sepakan penalty untuk musim ini dan terkini, Pickford berada paling atas dalam carta clean sheet.

 


LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN NOVEMBER

Untuk bulan November ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel di Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher untuk 3 hari 2 malam di ANSA Hotel, Kuala Lumpur.
Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50.

Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...