Tips Fantasy Premier League :Pemain - Pemain Pilihan Menjelang GW13

November 22, 2018 - 01:06 PM


Minggu lepas, tiada perlawanan diadakan disebabkan International Break. Hujung minggu ini, selain ada perlawanan ‘hidup dan mati’ antara Malaysia dan Myanmar di Stadium Nasional Bukit Jalil, perlawanan EPL akan disambung untuk minggu ke-13. Jadi, kalau korang yang tak dapat beli tiket tu, tengoklah bola dekat rumah, sebab semua mamak akan pasang game Malaysia punye. Hehehe…

Sambung berkenaan Tips Fantasy Premier League, ada 5 orang pemain yang korang boleh masukkan ke dalam pasukan korang tu. Kalau rasa team korang dah solid, bagus. Kalau belum, boleh la nak buat pertukaran.

Ini antara pemain yang perlu korang ada dalam pasukan, ini tips FPL untuk minggu ini. 5 pemain yang kena ada untuk minggu ke-13 ni adalah :

#1. Salomon Rondon, Newcastle

Menentang Bournemouth pada game yang lalu, penyerang Newcastle ini berjaya menjaringkan 2 gol. Selepas ini, Newcastle akan bertemu dengan Burnley, West Ham, Everton, Wolves, Huddersfield dan Fulham.

Kalau nak ada seorang pemain Newcastle dalam pasukan, gunalah Rondon ni. Setakat ini, hanya 0.9 peratus daripada pasukan yang ada dalam FPL gunakan Rondon.

Harga : 5.7m Mata : 24

 

#2. Ruben Vinagre, Wolves

Buat minggu ini, full back Wolves, Jonny Otto akan diketepikan sebab injury semasa mewakili Sepanyol. Walaupun rata-rata penyokong Wolves kecewa, tapi mereka yakin dengan pemain muda diorang ni. Menentang Cardiff dan Huddersfield, Vinagre dijangka mampu mengisi kekosongan bahagian pertahanan.

Harga : 4.3m Mata : 4

 

#3. Lewis Dunk, Brighton

 Nama Lewis Dunk ‘naik’ dalam kalangan manager-manager FPL selepas sekurang-kurangnya mengutip 5 mata untuk setiap 5 perlawanan sebelum ini.

Mungkin agak terlambat nak gunakan khidmat dia, tapi untuk jangka masa panjang, agak berbaloi. Lagi pulak Brighton dijangka menang beberapa perlawanan selepas ini.

Harga : 4.5m Mata : 40

 

#4. Trent Alexander-Arnold, Liverpool

Dengan barisan pertahanan yang mantap, pemain berusia 20 tahun ini telah berjaya mencatat 7 clean sheet setakat ini. Apa yang best, Alexander-Arnold ni suka naik ke atas dan mampu membantu pasukan untuk dapatkan gol.

Buktinya, semasa menentang Fulham tempoh hari. Secara keseluruhan, tak mustahil beliau mampu sumbangkan mata dua angka dalam satu perlawanan.

Harga : 5.1m Mata : 51

 

#5. Raul Jimenez, Wolves

Penyerang Wolves yang berasal dari Mexico ini boleh dikatakan salah satu pesaing untuk penyerang ‘best value’.

Dengan harga hanya 5.8m, Jimenez telah menjaringkan 3 gol, 5 assist dan setakat ini mengutip 56 mata. Lebih tinggi daripada penyerang pilihan ramai, Arnautovic, Mitrovic dan Friminho.

Harga : 5.8m Mata :56


LIGA FANTASY RILEKLAH

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Sebut pasal pemenang, setakat ini belum ada orang tuntut hadiah lagi ye… Nak tahu korang menang ke tidak, tengok senarai pemenang di sini.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN NOVEMBER

Untuk bulan November ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel di Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher untuk 3 hari 2 malam di ANSA Hotel, Kuala Lumpur.

Pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher Sport Direct bernilai RM50.

Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...

Baca Juga : Tips FPL Menjelang GW-13 Bahagian I