Tips Fantasy Premier League : Pertukaran Keluar Masuk Pemain Paling Banyak Menjelang GW-14



Tips minggu ini, menjelang perlawanan EPL minggu ke 14 nanti fokus kepada pemain-pemain yang dibawa keluar dan masuk. Selepas 13 perlawanan, ada pemain yang boleh dikeluarkan dan ada yang perlu ditambah ke dalam pasukan untuk mendapatkan pungutan mata yang lebih baik.

Selain daripada nak mantapkan kutipan mata, ada beberapa pemain kena diketepikan atas faktor kecederaan.

Ini antara pemain yang paling banyak dikeluarkan :

#5. Marko Arnautovic (West Ham) : 50,007

Penyerang West Ham ni boleh dikatakan bergelut untuk dapatkan fitness yang konsisten sepanjang musim walaupun penampilannya setakat ini sangat baik. Namun, kecederaan yang melanda baru-baru ini, membuat ramai keluarkan Arnautovic.

 

#4. Alexandre Lacazette (Arsenal) : 71,776

Lacazette diketepikan semasa menentang Bournemouth. Dengan keadaan semasa, ada kemungkinan Lacazette akan diketepikan lagi untuk minggu ini.

 

#3. Benjamin Mendy (Manchester City) : 82,476

Walaupun corak permainan Mendy agak agresif dan sering terlibat dalam serangan, Mendy sering dan telah diketepikan sejak sekian lama.

 

#2. Kieran Trippier (Tottenham) : 109,118

Trippier masih belum capai tahap tertinggi permainannya sepanjang musim ini. Masalah kecederaan pula menyaksikan lebih 100,000 manager mengeluarkan Trippier dari pasukan.

 

#1. Eden Hazard (Chelsea) : 170,435

Hazard diketepikan ketika Chelsea menentang PAOK disebabkan kecederaan di bahagian buku lali. Namun, sumber sahih mengatakan Hazarad akan diturunkan menentang Fulham. Kalau korang antara 170 ribu yang keluarkan Hazard, rasa menyesal tak?

Sementara itu ini antara pemain yang paling banyak dimasukkan :

#5. David Silva (Manchester City) :60,518

Walau City mempunyai ramai lagi bintang-bintang yang mampu menjaringkan gol, tetapi tetap tak boleh nak kalahkan prestasi David Silva yang setakat ini dah jaringkan gol dalam 3 perlawanan berturut.

 

#4. Aleksandar Mitrovic (Fulham) :64,532

Dua gol sumbangan Mitrovic pada perlawanan lepas, membuatkan ramai manager mengambil semula untuk letak dalam pasukan. Menentang Chelsea minggu ini, jangan letakkan harapan yang tinggi.

 

#3. Leroy Sane (Manchester City) :86,182

Walaupun agak berisiko nak amik Sane atas sebab Pep yang suka bertukar-tukar pemain, Sane antara yang jarang tak menjadi bila dimasukkan.

 

#2. Trent Alexander-Arnold (Liverpool) : 150,738

Pemain pertahanan Liverpool ni murah, banyak sumbangkan mata dan boleh dikatakan ada dalam kesebelasan utama Liverpool untuk setiap perlawanan. Sebab itulah lebih 150 ribu memilih untuk masukkan Arnold dalam pasukan

 

#1. Raheem Sterling (Manchester City) : 186,639

Baru separuh musim, ada yang label Sterling sebagai pemain terbaik EPL untuk musim ini. Betula tau tidak, kita tunggu sahaja sampai akhir musim nanti.


LIGA FANTASY RILEKLAH

Sebelum tu, macam biasa, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

Sebut pasal pemenang, setakat ini belum ada orang tuntut hadiah lagi ye… Nak tahu korang menang ke tidak, tengok senarai pemenang di sini.

Untuk bulan November, pemenang adalah :

 

HADIAH BULAN DISEMBER

Untuk bulan Disember ni, top manager akan menerima voucher penginapan di Hotel Sunway Putra di Kuala Lumpur dan Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur. Pemenang pertama akan menerima voucher penginapan untuk 3 hari 2 malam di Hotel Sunway Putra, Kuala Lumpur manakala pemenang kedua dan ketiga akan menerima voucher penginapan untuk 2 hari 1 malam di Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur.

Hotel Sunway Putra Kuala Lumpur

Hotel bertaraf 5-bintang ini terletak bertentangan dengan Pusat Dangangan Dunia Putra (PWTC). Terletak bersebelahan dengan kompleks beli belah Sunway Putra, sesiapa yang menginap disini pasti mengalami pengalaman yang tak dapat dilupakan.

Disebabkan lokasinya yang strategik, ramai pelancong memilih untuk menginap disini. Tarikan terdekat semestinya Dataran Merdeka, Bandar Kuala Lumpur dan hanya 3km daripada KLCC.

Untuk maklumat lanjut atau tempahan hotel, boleh layari laman web Sunway Putra Hotel 

 

Hotel Sunway Velocity, Kuala Lumpur

Hotel ini boleh dikatakan pendatang baru di Kuala Lumpur. Mempunyai 351 buah bilik kesemuanya, hotel ini sebenarnya bersambung dengan sebuah pusat beli belah iaitu Sunway Velocity Mall.

Terletak 3.8 kilometer dari bandar Kuala Lumpur, perjalanan ke sini sangat mudah dengan adanya pengangkutan awam seperti MRT. Dalam masa yang sama, perjalanan ke KLIA hanya mengambil masa 45 minit.

Maklumat lanjut atau tempahan hotel boleh dibuat melalui laman web Sunway Velocity Hotel