Tips Fantasy Premier League : Pertukaran Pemain Paling Banyak Menjelang GW8

October 04, 2018 - 05:06 PM


Menjelang GW 8 pada hujung minggu ini, rata-rata manager dah mula untuk menukar ramai pemain yang out-form untuk memberikan lebih saingan kepada pasukan-pasukan yang ada di Fantasy Premier League.

Berdasarkan perlawanan dan keputusan minggu lepas, ramai nampaknya jual dan beli beberapa orang pemain untuk kuatkan lagi skuad mereka.

Antara yang popular adalah Harry Kane, selepas menyumbang dua gol menentang Huddlefield ada yang tukarkan Aguero dan ambil Harry Kane ataupun Marko Arnautovic. Ini mestilah sebab persembahan dia yang cun semasa menentang United minggu lepas.

Kalau ikut statistic, ini adalah pemain-pemain yang paling banyak dibeli dan dijual menjelang minggu ke 8 atau GW8 nanti :

DIJUAL – (Bilangan Manager Yang Jual)

#1. Paul Pogba (Manchester United) – 76,059

  • Kemelut Pogba dan Mourinho bukan lagi rahsia. Diganti pada separuh masa pertama menentang West Ham, mungkin ramai dah tak yakin Pogba akan dapat selalu main selepas ini.

#2. Sergio Aguero (Manchester City) – 76,508

  • Prestasi yang tak macam dulu, ramai bertukar kepada Harry Kane.

#3. Sadio Mane (Liverpool) – 108,204

  • Tiga minggu tanpa sebarang gol atau assist, popularity Mane semakin berkurangan.

#4. Benjamin Mendy (Manchester City) – 145,698

  • Masih dibangku simpanan atas faktor kecederaan dan masa untuk kembali bermain tidak dinyatakan, ramai bertindak untuk jual Mendy.

#5. Mohamed Salah (Liverpool) – 194,515

  • Prestasi Salah agak merudum sejak kebelakangan ini, sekadar menyumbang tiga gol, ternyata Salah perlu kembali mendapatkan kepercayaan Jurgen Klopp mahupun manager-manager fantasy yang lain.

DIBELI – (Jumlah Manager Yang Beli)

 

#1. Kieran Trippier (Spurs) – 135,980

  • Dengan Christian Eriksen yang mempunyai masalah kecergasan, Tripper adalah prospek terbaik sebagai ganti dan selalu diberi kepercayaan untuk mengambil sepakan percuma.

#2. Marko Arnautovic (West Ham) – 138,829

  • Satu gol berdepan United minggu lalu, dan perlawanan seterusnya menentang Brighton, tak terkejut kenapa Arnautovic kembali mendapat tempat dalam banyak team di Fantasy.

#3. Harry Kane (Spurs) – 165,266

  • Jaringan 2 gol pada perlawanan sebelum ini, setakat ini Kane dah jaringkan 5 gol dan kembali menemui rentak sebagai ‘mesin gol’.

#4. James Maddison (Leicester City) – 170,406

  • Dengan kebolehan bertindak sebagai target pada jarak sederhana, perlawanan selepas ini juga menyumbang kepada faktor ramai manager memilih Maddison.

#5. Eden Hazard (Chelsea) – 258,306

  • Lima gol dalam lima perlawanan terakhir, tak hairan kenapa nama Hazard kembali menjadi sebutan. Ramai menggantikan Salah dengan Hazard kerana selepas ini, Chelsea akan bertemu Southamton, Burnley dan Crystal Palace.

LIGA FANTASY RILEKLAH

Seperti yang korang sedia maklum, kitorang ada buat Liga Fantasy untuk semua pembaca Rileklah.com dan akan ada 3 pemenang untuk setiap bulan. Untuk bulan Ogos, pemenang boleh rujuk di posting kami di Facebook.

Kalau korang nak join, boleh lagi. Jangan risau, format hadiah liga kitrorang ni adalah bulanan. Jadi, setiap bulan akan ada pemenang berbeza.

Kalau nak join, masukkan code ini : 1094348-245657

HADIAH BULAN OKTOBER

Untuk bulan Oktober, 3 manager teratas akan menerima voucher membeli belah. Nak tahu voucher apa, kena tunggu posting minggu depan ye... 

Sementara tu, jangan lupa like dan follow page kami di Facebook untuk dapatkan update berkenaan Liga Bola Fantasy Rileklah ni ye...