Top 5 Rekod Perpindahan Penjaga Gol Paling Mahal di Dunia
Kehangatan bola sepak mula terasa apabila liga-liga utama dunia bakal membuka tirai tidak lama lagi terutama English Premier League (EPL) yang akan memulakan aksi sulong bagi musim 2018/2019 esok. Pelbagai cerita mula bertebaran di media sosial. Paling mencuri tumpuan bagi setiap musim pastinya senarai perpindahan pemain ke pasukan baru. Siapa yang kekal dan siapa yang keluar. Tidak kurang juga nilai perpindahan bagi setiap pembelian pemain menjadi buah mulut netizen.
Dengan perpindahan pemain sudah ditutup pada khamis petang (waktu tempatan) menyaksikan Chelsea tampil mengejutkan dengan pembelian penjaga gol termahal di dunia direkodkan.
Jom kita tengok senarai Top 5 Rekod Perpindahan Penjaga Gol Paling Mahal di Dunia
5. Gianluigi Buffon ( £33 juta )
Pada tahun 2001, Juventus telah memecah rekod dunia untuk pembelian penjaga gol apabila mereka berjaya mendapatkan Gianluigi Buffon dengan harga sebanyak £33 juta (RM173.203) dari Parma.
Yuran perpindahan tersebut juga telah dicatatkan sebagai pembelian paling termahal pernah dilakukan berpangkalan di Turin tersebut, sebelum ianya dipecahkan dengan pembelian Gonzalo Higuaín pda tahun 2016.
Marcello Lippi mahu mendapatkan Buffon bagi mengisi kekosongan penjaga gol utama mereka, Edwin van der Sar yang telah dijual kepada Fulham.
Sebelumnya, Juventus turut bersaing hebat dengan As Roma dan Barcelona untuk mendapatkan Buffon. Tetapi Buffon telah menolak tawaran dan menyatakan hasrat untuk bergabung dengan Juventus.
Ternyata, pilihan Buffon 17 tahun lalu memberi makna yang cukup besar bagi dirinya. Karier bersama Juventus telah berjaya mengangkat namanya sebagai penjaga gol terbaik di dunia.
Buffon telah memperolehi pelbagai kejayaan bersama Juventus dengan membantu kelab tersebut memenangi 19 trofi kejuaraan.
4. Thibaut Courtois ( £35 juta )
Laman rasmi Real Madrid telah membuat pengumuman secara rasmi mengenai persetujuan untuk mendatangkan Thibaut Courtois ke kelab mereka.
Pengumuman itu sekaligus menamatkan spekulasi bahawa penjaga gol dari Chelsea yang menerima anugerah penjaga gol terbaik di Kejohanan Piala Dunia 2018 itu akan menyertai pasukan Real Madrid untuk musim hadapan.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan, Real Madrid berkata, Thibaut Courtois telah bersetuju menyertai kelab mereka dan akan mengikat kontrak selama enam tahun.
Real Madrid telah membayar sejumlah £35 juta (RM183.701 juta) bagi mendapatkan penjaga gol Belgium itu.
3. Ederson Moraes ( £35 juta )
Manchester City telah berjaya memuktamadkan perpindahan penjaga gol dari Benfica, Ederson Moraes dengan kontrak bernilai bernilai £34.7 juta (RM183.701 juta).
Ederson yang merupakan penjaga gol kelahiran Brazil telah bersetuju untuk menyertai Manchester City dengan perjanjian kontrak selama enam tahun.
Kontrak yang ditandatangani pemain berusia 23 tahun itu turut memecah rekod perpindahan paling tertinggi di Britain dengan menewaskan nilai setinggi £18.9 juta (RM99 juta) yang pernah dibayar Manchester United untuk mendapatkan David de Gea dari Atletico Madrid, pada tahun 2011.
Bagaimanapun, urusan perpindahan Ederson berdepan masalah apabila pemilikan pihak ketiga Ederson telah membuat penuntutan pembelian tersebut kepada Manchester City.
Selepas perbincangan dibuat, akhirnya Manchester City bersetuju untuk memberi 50 peratus daripada nilai harga pembelian tersebut.
Kelab lama Ederson, iaitu Rio Ave FC telah menerima 30 peratus manakala 20 peratus lagi diberikan kepada pihak ejen Ederson iaitu Gestifute.
2. Alisson Becker (£67 juta)
Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp telah menyuarakan minat beliau untuk mendatangkan penjaga gol dari Brazil, Alisson Becker yang ketika itu sedang bersama AS Roma.
Liverpool telah membuat bidaan pertama mereka keatas AS Roma bagi mendapatkan Alisson Becker.
Namun begitu, seperti yang dilaporkan Football-Italia, tawaran pertama Liverpool sejumlah £60 juta (RM283 juta) dengan nilai tambahan £5 juta (RM23.5 juta) telah ditolak oleh Roma.
Bagaimanapun, pengurus Liverpool, Jürgen Kloop tetap bertekad untuk mendapatkan Alisson dan berharap mereka dapat bersaing dengan Real Madrid dan Chelsea yang juga menunjukan minat keatas Alisson ketika itu.
Liverpool sekali lagi membuat tawaran kedua untuk mendapatkan Alisson. Kali ini, mereka telah membuat bidaan sebanyak £65 juta.
Tawaran tersebut tersebut telah mendapat persetujuan kedua-dua pihak dan akhirnya, Alisson secara rasmi diumumkan sebagai penjaga gol baharu Liverpool.
Perpindahan Alisson ke Liverpool telah mencatat rekod nilai pembelian penjaga gol paling tertinggi di dunia sebelum perpindahan Kepa Arrizabalaga berlaku.
1. Kepa Arrizabalaga (£72 juta)
Secara rasminya Kepa Arrizabalaga sah menyertai Chelsea pada musim hadapan.
Pembelian pengaja gol berusia 23 tahun dari Athletic Bilbao itu telah mencatatkan rekod pembelian penjaga gol paling termahal di dunia dengan nilai setinggi £72 juta (RM377.910).
KeN: Admin sebagai Chelsea fan tak sabar nak tengok persembahan Chelsea untuk musim ini dengan penjaga gol termahal dunia. Mampukah Chelsea merampas kejuaran liga dari Manchester City?