Tunganggan Marquez Berbahaya, Mungkin Musnahkan MotoGP

April 10, 2018 - 11:40 AM


Persaingan MotoGP pada hujung minggu lepas di Argentina masih lagi menjadi topik hangat di media-media sukan. Mana tidaknya, bintang dan juga lagenda sukan berkenaan Rossi mengkritik gaya penunggangan Marquez yang dikatakan sangat berbahaya pada perlumbaan berkenaan.

Keadaan menjadi semakin panas apabila beliau terjatuh dilanggar Marquez yang kemudiannya bergegas ke kem Yamaha selepas perlumbaan untuk memohon maaf namun tidak dibenarkan oleh beberapa krew Yamaha.

Cal Crushlow mengungguli saingan di Argentina, namun tunggangan berbahaya Marquez seolah-olah mencemar perlumbaan berkenaan. Bermula dari petak ke-19, Marquez dikatakan bersungguh-sungguh untuk mengejar kedudukan untuk mendapatkan mata.

Marquez kemudiannya dedenda 30 saat kerana melanggar Rossi.

Ketika ditemubual, Rossi meluahkan kekesalannya dan mengatakan dia tidak mempunyai masalah tentang insiden ini namun akui ia bukanlah sesuatu yang baik dan boleh memburukkan keadaan.

Difahamkan, sejak Jumaat, Marquez telah melanggar sekurang-kurangnya 3 orang penunggang termasuklah Vinales, Davisioso dan Rossi sendiri.

Dalam pada itu, penunggang negara Hafizh Syahrin menamatkan saingan di tempat ke-9 selepas penalti 30 saat yang dikenakan ke atas Marquez.

Jom kita saksikan apa sebenarnya Marquez buat kat Rossi 

Kredit Foto : Website | MotoGP