UEFA Umum Pertandingan Baru Peringkat Kelab, UEL2 Pada 2021

December 03, 2018 - 12:33 PM


Satu pertandingan baru peringkat kelab di benua eropah akan dilancarkan pada 2021, pertandingan yang setakat ini dikenali sebagai UEL2 itu telah diumumkan oleh Kesatuan Boleasepak Eropah (UEFA) baru-baru ini.

Pertandingan yang melibatkan penyertaan kelab dari 34 negara dari benua tersebut akan berlangsung serentak dengan Liga Juara – Juara Eropah dan Liga Europa. Sebanyak 32 pasukan akan merebut slot ke Liga Europa musim berikutnya.

Menurut Presiden UEFA, pertandingan baru ini membolehkan persaigan kelab-kelab di peringkat Eropah menjadi terbuka berbanding sebelum ini. Perlawanan melibatkan perlbagai pasukan akan lebih banyak dan ini akan menjadikan pertandingan ini sangat menarik.

Difahamkan, pertandingan UEL2 ini akan berlangsung setiap hari Khamis dan daripada sudut pandang peminat bola sepak, ini bermakna lebih banyak perlawanan yang boleh ditonton, selain yang dah ada sekarang iaitu Liga Juara – Juara dan Liga Europa.

Cuma satu sahaja, diharapkan penganjuran pertandingan baru ini tak menjejaskan perlawanan peringkat domestik lah.