Undian Pusingan Kedua Shopee Piala FA 2019 – Kesilapan Teknikal Berlaku Dalam Majlis Undian

March 05, 2019 - 10:34 AM


Isu kesilapan teknikal yang berkalu semasa majlis undian pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia 2019 nampaknya heboh diperkatakan di sosial media selain menjadi buah bicara semua peminat yang menyaksikan sesi undian tersebut.

Kesilapan teknikal yang kontroversi tersebut berlaku apabula Exco FAM, Christopher Raj memegang terbalik keputusan undian bernombor 6 yang disangka nombor 9. Ini sekali gus menyaksikan Kedah akan bertemu Selangor United dan bukannya Kelantan yang bertemu Selangor.

Walaubagaimanapun, juruaudit merangkap pemerhati undian pusingan kedua bersama Setiausaha Agung Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) dan Ketua Unit Undang-Undang FAM mendedahkan kesemua 31 pasukan berpuas hati dengan undian masing-masing walaupun masalah teknikal berlaku.

Juara 2018 Pahang diundi menentang PIB FC

Undian pusingan kedua Shopee Piala FA Malaysia 2019 berlangsung semalam di Petaling Jaya melibatkan 31 pasukan dari Liga Super, Liga Premier, Liga M3 dan Liga M4.Untuk perlawanan pusingan kedua, apa yang menarik adalah; penyandang juara pasukan Pahang akan bertemu PIB FC, Pasukan Naib Juara tahun 2018, Selangor akan melawan Kelantan, dan JDT mendapat 'bye' melalui undian.