Upacara Pembukaan Piala Dunia Russia Dijangka Meriah Dan Membawakan Satu Kelainan

June 12, 2018 - 01:53 PM


2 hari menjelang acara sepak mula Piala Dunia 2018 dan boleh dikatakan kesemua media sudah bersedia untuk membawakan berita terkini dan sensasi dari Russia.

Sebelum sepak mula perlawanan pertama Arab Saudi dan Russia, dikhabarkan yang tiga bintang antarabangsa akan memeriahkan lagi suasana Stadium Luzhniki, Moscow.

Antara nama yang disebut ialah, ikon muzik global iaitu Robbie Williams, dan juga Aida Gariffulina, penyanyi bersuara soprano Russia.

Dalam satu kenyataan, Robbie Williams ternyata teruja atas penghormatan yang diberikan untuk menjadi sebahagian daripada sejarah temasya sukan paling berprestij ini.

Selain itu, acara pembukaan kali ini dijangkakan akan mempunyai kelainan dengan acara-acara pembukaan sebelum ini. Uopacara kali ini akan memberikan tumpuan kepada persembahan muzik yang akan bermula 30 minit sebelum sepak mula.

Dalam masa yang sama, bekas penyerang berprolifik Brazil, Ronaldo juga dikatakan akan terlibat dalam upacara pembukaan tersebut. Cuma masih tidak dapat dipastikan apa peranan yang akan dibawakan oleh Ronaldo.

Mungkin, dia akan menyanyi, atau menari, siapa tahu kan?

Apa-apa pun, kita tunggu sahaja pembukaan Fifa World Cup 2018 sama-sama.

Ni opening ceremony 4 tahun lepas di Rio...

 

p/s : Korang sokong team mana? Jangan sebut JDT sudah!