Zidane Tinggalkan Madrid, Arsene Wenger Bakal Amik Alih?



Dunia bolasepak menerima satu kejutan pada Khamis dengan pengumuman perletakan jawatan oleh pengurus Real Madrid yang juga merupakan seorang lagenda dalam sukan berkenaan iaitu Zinadine Zidane.

Ura-ura mengatakan tempat kosong yang ditinggalkan Zizou tersebut bakal diganti oleh bekas pengurus Arsenal.

Keputusan Zizou juga disebabkan beliau tidak mahu terlalu selesa di puncak dan mendakwa, tak ramai pengurus yang mampu mengundurkan diri dan kebiasaannya mereka akan kekal begitu lama untuk melihat diri sendiri menjadi seorang yang ‘kejam’.

Pengurus kelahiran Perancis itu mengambil alih Real Madrid untuk dua setengah tahun dan berjaya merangkul kejuaran Liga Juara-Juara sebanyak tiga kali berturut.

Beberapa nama telah mula dikaitkan dengan pasukan Real dan antaranya adalah bekas pengurus Arsenal, Arsene Wenger yang meninggalkan pasukan The Gunners selepas berkhidmat selama 22 tahun. Selain itu, antara nama yang ‘naik’ adalah bekas pemain Real Madrid yang pernah bermain bersama Zidane iaitu Guti.

Guti dikatakan sebagai favourite selepas Wenger dan sebenarnya beliau pernah mengendalikan pasukan bawah 19 tahun Real Madrid untuk 2 tahun pada 2017.