'Goosebumps Rope Course' Pertama Di Malaysia. Confirm Buat Jantung Korang Berdegup Laju!

October 18, 2021 - 03:40 PM


Bagi korang yang memang kaki lasak dan ekstrem atau seseorang yang sukakan aktiviti mencabar yang menguji adrenalin -- ini ada satu tarikan yang wajib korang cuba!

"Goosebumps Rope Course" yang terletak di Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove, Dengkil, Selangor adalah taman halangan bertali outdoor yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Dengan ketinggian 16 meter semua cabaran bertali di sini mempunyai keseluruhan 57 jenis pendakian termasuklah abseiling dan hayunan raksasa, dengan 5 tahap kesukaran bergantung kepada pilihan mengikut keberanian korang.

Goosebumps Rope Course ini merupakan sebahagian daripada tarikan yang terdapat di Discovery Park Gamuda Cove seluas 23 ekar yang baru sahaja dibuka pada Januari tahun lalu.

Selain Goosebumps Rope Course, di sini juga terdapat tarikan lain yang boleh korang cuba antaranya seperti:

1. Cove Aerobar 
2. MotoManiac Dirt Bike 
3. Dewan Makan ArcHIVE 
4. Cykel & Cyclist 
5. Rush e-scooter
6. Kolam Renang Pantai
7. Paya Indah Discovery Wetlands Center 

Harga tiket Goosebumps Rope Course adalah seperti senarai di bawah:

Hari Biasa
Kanak-kanak (100cm - 140cm) - RM30 (MyKad) / RM38 (Bukan MyKad)
Melebihi 140 cm dan Dewasa - RM70 (MyKad) / RM88 (Bukan MyKad)

Hujung Minggu & Cuti Umum
Kanak-kanak - RM40 (MyKad) / RM49 (Bukan MyKad)
Dewasa - RM92 (MyKad) / RM114 (Bukan MyKad)

Waktu Operasi
10 pagi - 6 petang (hari bekerja)
10 pagi - 8 malam (hujung minggu)

Alamat
Persiaran Cove Sentral, Bandar Gamuda Cove,
42700 Dengkil, Selangor Darul Ehsan

Anda boleh mendapatkan lebih banyak maklumat dan harga tarikan lain di laman web Discovery Park.

Destination: