90 Gambar, 3 Video Lucah Dijumpai Dalam Data Telefon Bimbit Ebit Lew

TERKINI
January 11, 2024 - 11:06 AM


Perkembangan terkini berkenaan dengan isu yang membabitkan pendakwah terkenal Ebit Lew mendapati pendakwah tersebut memiliki banyak gambar dan video yang berunsur lucah.

Saksi kelapan bagi kes dakwaan gangguan seksual Ebit Lew iaitu Juruanalisis Unit Siasatan Jenayah Makmal Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM), Inspektor Yip Chang Ching mendakwa terdapat 90 gambar dan tiga video berunsur lucah ditemui dalam telefon bimbit yang didaftarkan atas nama pendakwah berkenaan.

Difahamkan, 17 keping gambar daripada 90 gambar tersebut adalah kemaluan lelaki.

Beliau berkata demikian ketika pemeriksaan utama Timbalan Pendakwa Raya, Zahidah Zakaria yang memintanya untuk memberitahu hasil analisis  yang dilakukannya terhadap pemacu kilat yang mengandungi fail yang diekstrak daripada telefon bimbit tersebut.

Menurut Chang Ching, telefon bimbit berkenaan telah pun didaftar serta digunakan oleh penama yang menggunakan e-mel [email protected] berserta dua nombor telefon.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata beliau mengambil masa kira-kira empat jam 50 minit untuk membuka fail yang diekstrak itu, supaya boleh dibaca perisian forensik.

“Setelah fail dibuka, saya mengambil masa lebih kurang dua hari untuk meneliti dan menganalisa data itu, supaya dapat mengeluarkan data yang diperlukan mengikut permohonan dalam borang analisa yang disediakan pegawai penyiasat,” katanya pada perbicaraan kes Ebit Lew.

Chang Chin berkata, dalam data yang dianalisa itu, turut mengandungi laporan dua panggilan keluar yang dijawab oleh pihak lain selama 136 saat dan 1,346 saat masing-masing pada 1 Mei 2021 pukul 7.28 pagi dan 20 Mei 2021 pukul 7.50 pagi.

Untuk info, Ebit Lew, 38, berdepan dengan 11 pertuduhan, antaranya mengaibkan kehormatan seorang wanita berumur 40an dengan menghantar perkataan dan gambar lucah ke nombor telefon mangsa melalui aplikasi WhatsApp, antara Mac dan Jun 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan itu, membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

 

Sumber: Oh Bulan & Berita RTM

Destination: