AstraZeneca Tarik Balik Vaksin COVID-19 Di Seluruh Dunia

TERKINI
May 08, 2024 - 10:19 AM


Syarikat farmaseutikal gergasi vaksin COVID-19, AstraZeneca telah menarik balik vaksin keluarannya dalam pasaran dunia.

Penarikan itu berlaku selepas syarikat itu mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin berkenaan boleh menyebabkan kesan sampingan yang jarang berlaku dan berbahaya. 

Bagaimanapun, syarikat gergasi farmasi itu berkata bahawa vaksin itu dikeluarkan daripada pasaran atas sebab komersial. 

Vaksin itu juga tidak lagi dibenarkan untuk digunakan di Kesatuan Eropah (EU) memandangkan syarikat itu secara sukarela menarik balik 'kebenaran pemasarannya'. 

Permohonan pengeluaran telah dikemukakan pada 5 Mac dan berkuat kuasa pada hari Selasa. Permohonan pengeluaran yang sama akan dikemukakan di United Kingdon (UK) dan negara lain yang sebelum ini telah meluluskan vaksin, yang dikenali sebagai Vaxzevria. 

Gergasi farmasi itu juga menegaskan bahawa keputusan itu adalah "semata-mata kebetulan", selain menyatakan penarikan vaksin tidak dikaitkan dengan pengakuannya bahawa ia boleh menyebabkan Sindrom Thrombosis Thrombocytopenia (TTS). 

 

Sumber: Astro Awani

Destination: