"Asyik Tidur Makan Je!" - Bengang Diperli, Abang Tikam Adik Perempuan Berulang Kali

TERKINI
October 26, 2023 - 03:21 PM


Seorang lelaki telah melakukan satu pembunuhan yang kejam dengan menikam adik perempuannya di rumah mereka, Kampung Cikarang Kota, Bekasi, Indonesia. Pembunuhan tersebut telah menyebabkan berlakunya kekecohan dalam kalangan penduduk setempat.

 

Pembunuhan tersebut dilakukan oleh Firman, 36, terhadap adiknya yang bernama Dewi Alias, 25. Menurut ketua polis Metro Bekasi, Pesuruhjaya Polis Twedi Aditya Bennyahdi, motif pembunuhan berlaku kerana pelaku berasa bengang dan sakit hati dengan kata-kata adiknya.

"Firman menikam adiknya berkali-kali kerana tersinggung dengan kata-kata mangsa terhadapnya," katanya dalam sebuah sidang media di Cikarang, Indonesia.

Mangsa dikatakan sering mengejek si abang tidak berbuat apa-apa dan hanya tidur dan makan sahaja di rumah. Menurut Twedi, pada masa kejadian Firman sedang mengupas buah dengan terlalu beremosi sehingga akhirnya memiliki niat untuk menamatkan nyawa adiknya sendiri dengan pisau dapur.

"Mangsa berkata, 'Awak dah besar, makan dan tidur sahaja', itu yang mencetuskan pelaku untuk marah dan melakukan penderaan itu," kata polis.

Twedi berkata, ketika kejadian, mangsa tidak sempat melarikan diri atau bergaduh kerana abangnya bertindak menikam secara membuta tuli di beberapa badan mangsa.

Sementara itu, pelaku ditahan penduduk dan Unit Siasatan Jenayah untuk diserahkan kepada Polis Cikarang Utara, Bekasi, Indonesia bagi proses selanjutnya.

Destination: