Beberapa Cawangan Dunkin' Donuts Kini Menjual Donat Pro-Israel

TERKINI
January 04, 2024 - 12:11 PM


Kekejaman rejim Israel terhadap warga Palestin masih belum berakhir sehingga ke hari ini. Malaysia antara negara yang paling lantang bersuara dalam mempertahankan Palestin. Gerakan memboikot produk yang ada kaitan dengan rejim Zionis itu mendapat sambutan yang hangat dari rakyat Malaysia.

Terkini, satu posting sedang hangat diperkatakan di platform media sosial. Salah satu jenama makanan terbesar dunia atau lebih khusus donut iaitu Dunkin' Donuts mendapat perhatian mereka yang Pro-Palestin. Kalau sebelum ini perhatian ke Mcdonald's, kini semua tertumpu ke Dunkin' Donuts.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by @propergaanda

Berdasarkan posting tersebut, Dunkin' Donuts menghasilkan beberapa donut istimewa bertemakan Israel. Sekaligus mendapat kecaman dari netizen. Di ruangan komen, ada yang menjelaskan tidak semua cawangan menjual atau promosi donut tersebut. 

Dipercayai, donut-donut tersebut dijual di cawangan antarabangsa dan bukan di Malaysia. Ianya hanya khusus untuk suatu negara mahupun kawasan. Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dari Dunkin' Donuts Malaysia. 

Destination: