Bermodalkan Tangan Kecil, Pengemis Mampu Miliki Proton X70 Flagship

TERKINI
February 22, 2024 - 01:07 PM


Rakyat Malaysia memang terkenal dengan budi pekerti yang sering menghulurkan bantuan buat mereka yang memerlukan. Dek kerana baiknya hati rakyat Malaysia, ada segelintir manusia yang cuba mengambil kesempatan. 

Satu operasi membanteras pengemisan telah dijalankan di pasar malam Sri Jaya, Maran. Kelihatan seorang lelaki melayu berjubah dan berkopiah berdiri di celahan payung peniaga pasar malam sambil memegang beg kertas meminta simpati orang ramai yang lalu lalang.

Kedua-dua tangan lelaki tersebut kelihatan kecil tidak seperti tangan manusia normal. Pegawai penguatkuasa JKM Maran menghampiri lelaki tersebut dan bertanyakan tujuan beliau meminta sedekah.

 

Namun, pertanyaan Penguatkuasa JKM tidak dijawab. Beliau kelihatan seperti seorang yang pekak dan bisu. Dilihat di dalam beg kertasnya ada kepingan duit kertas. Penguatkuasa JKM berkali-kali meminta kad pengenalan bagi tujuan rekod operasi namun tiada respon daripada lelaki tersebut.

 

Setelah didesak barulah lelaki tersebut bersuara. Beliau bukanlah seorang yang pekak dan bisu. Cuma seorang OKU Fizikal (kedua-dua belah tangannya tidak normal). Beliau mengatakan bahawa kad pengenalannya berada di dalam kereta.

Yang mengejutkan pegawai adalah, lelaki tersebut berjalan ke arah sebuah Proton X70 Flagship. Dengan hanya berdiri meraih simpati orang ramai dia mampu untuk membeli Proton X70. Setelah  lanjut dijalankan, beliau tinggal di Balok, Kuantan dan akan ke pasar-pasar malam untuk menjalankan aktiviti pengemisan.

Semakan juga mendapati beliau menerima Elaun Pekerja OKU daripada pihak JKM sebanyak RM450.00 sebulan sejak tahun 2001 lagi.  Menurutnya lagi, hasil kutipan daripada aktiviti pengemisan beliau boleh mencecah sehingga RM 500.00 bagi tempoh 4-5 jam berada di pasar-pasar malam.

Lelaki tersebut dilepaskan dengan amaran oleh Penguatkuasa JKM. Tidak salah untuk bersedekah tetapi bersedekalah kepada orang dan tempat yang betul.

Destination: