Buat Hantaran Jelik Stoking Kalimah Allah, Hukuman Penjara & Denda Dibatalkan

TERKINI
April 18, 2024 - 02:09 PM


Hukuman penjara enam bulan dan denda RM12,000 terhadap seorang juruteknik aplikasi sosial berhubung isu stoking dengan kalimah Allah, dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.

Sumber Gambar: Utusan

Ia selepas Hakim, Datuk Ahmad Bache membenarkan semakan difailkan tertuduh, Chiok Wai Loong, 34, supaya pengakuan bersalah dibuatnya atas pertuduhan berkenaan, bukan akuan jelas dan tanpa bersyarat.

"Tertuduh perlu dipertuduhkan semula di Mahkamah Sesyen di hadapan hakim berlainan segera mungkin," kata hakim itu.

Dilaporkan, lelaki itu akan dituduh semula pada jam 2.30 petang Khamis.

Sebelum ini, media melaporkan dia tampil memohon maaf secara terbuka selepas didakwa menambahkan ketegangan dalam isu penjualan stoking bertulis kalimah Allah di sebuah kedai serbaneka. -Sinar Harian

Destination: