"Bukan Semuanya Mahal, Yang Ni RM1200 Saja" - Pengasas Bawal Exclusive Dibanjiri Kecaman Netizen

TERKINI
January 05, 2024 - 10:56 AM


Pengasas Bawal Exclusive, Haliza Maysuri sekali mencuri tumpuan ramai apabila memuat naik video di Tiktok yang menunjukkan dirinya memakai tudung berharga RM1,200 yang dianggapnya 'murah'.

Menerusi video tersebut, dia menjelaskan bahawa bukan semua tudung yang dipakainya berharga ratusan ribu ringgit. Malah, ada juga tudung yang dijualnya berharga murah.

@halizamaysuri @ASGALLERIA ♬ original sound - Haliza Maysuri

"Sebenarnya ada sahaja tudung saya yang murah, bukan semua tudung saya mahal.

“Contoh yang saya pakai ini tudungnya harga RM1,200 sahaja, tetap cantik, anggun menawan. Bukan semua mahal, saya ada juga pakai tudung yang murah," jelasnya.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang meninggalkan komen sindiran dan kecaman dengan menyatakan bahawa dia bersikap riak dan berlagak.

Walau bagaimanapun, kecaman dan sindiran yang diterima tidak diambil pusing oleh usahawan tersebut. Menurut Haliza, mereka yang mengecam dan mengkritik adalah bukan golongan sasaran pelanggannya.

"Bagi saya, mereka yang kecam itu bukan pelanggan sasaran saya, jadi anggap saja mereka tak tahu. Sebab pelanggan setia dan tetap memang sudah tahu harga tudung saya," katanya.

Tambah Haliza lagi, perkongsian itu bukan untuk membuktikan kemampuan dirinya malah jauh sekali mahu bersikap riak.

"Sebelum ini ramai cakap tudung saya harga ratusan ribu saja tetapi ada juga yang murah. Macam video yang tular, saya pakai yang harga RM1,200. Saya orang berniaga, bukan nak riak, saya cakap perkara betul.

"Kalau hendak dibandingkan harga ratusan ribu, memanglah yang harga ribuan ringgit murah bagi saya. Malah, ada yang lebih murah harga ratusan ringgit juga. Jadi, salahkah saya bercakap sedemikian?" katanya lagi.

Ini bukan kali pertama Haliza menjadi tumpuan ramai. Sebelum ini, dia pernah menarik perhatian ramai apabila menggayakan busana berharga RM250,000 dalam sebuah majlis meraikan ulang tahun ke-25 penubuhan jenama tudungnya.

Sebelum itu pula, dia pernah mendapat kecaman apabila menggayakan telekung harga RM6,080 ketika menunaikan umrah pada 2022.

 

Sumber: TikTok & Harian Metro

Destination: