"Cakap Nak Bawa Jumpa Mak, Rupanya..." - Teman Lelaki Upah Dua Rakan Untuk Rogol Teman Wanita

TERKINI
December 13, 2023 - 12:44 PM


Antara keburukan aplikasi komunikasi masa kini adalah pemantuan oleh ibu bapa sukar untuk dilaksanakan. Anak-anak terdedah dengan pelbagai ancaman dari orang asing yang sentiasa ingin mengambil kesempatan. Itu yang menimpa seorang wanita.

Baru-baru ini, tular satu video yang dimuatnaik oleh seorang wanita yang mendedahkan pengalaman ngeri yang dialaminya.

Bermula dengan satu perkenalan yang baik dengan seorang lelaki, rasa cinta sudah mula terdetik di hati wanita tersebut. Setelah berkawan untuk suatu tempoh, si lelaki mula menyatakan hasrat untuk membawanya berjumpa ibu bapa.


Ternyata khabar gembira itu hanya satu penipuan. Sebaliknya yang berlaku, si lelaki membawa wanita tersebut untuk bertemu dengan dua orang rakannya lalu dirogol.

Tanpa ada rasa bersalah, biarpun teman wanitanya dirogol si lelaki itu masih menyatakan rasa sayang terhadapnya. Bahkan menyatakan akan meminta rakannya untuk bertanggungjawab di atas perbuatannya.

Wanita itu pun terus membuat laporan polis di balai berdekatan dan mendapat sokongan penuh dari ibu bapanya. 

Wanita itu luah kekecewaannya dan berkongsi igauan ngeri ini bersama orang ramai untuk dijadikan pengajaran.

Destination: