"Dah Macam Sekolah Dekat England" - Netizen Kagum Dengan Cikgu Ubah Kelas Sampai Ada TV dan 'Aircond'

TERKINI
March 15, 2024 - 02:41 PM


Sekolah adalah tempat menuntut ilmu dan persekitaran yang bersih dan ceria memainkan peranan penting untuk anak-anak murid fokus ketika sesi pembelajaran. Oleh sebab itu, banyak cikgu generasi kini yang cuba menceriakan kelas dengan melakukan beberapa perubahan.

Terbaru, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan usaha seorang guru lelaki mencari dana dan penaja swasta demi mengubah kelas anak-anak muridnya. 

Guru tersebut turut menyatakan bahawa dia sanggup mencari penaja dari luar untuk menghias bilik darjah agar suasana pembelajaran dapat menjadi lebih tenang dan selesa untuk murid-muridnya. 

“Saya tak habiskan RM2,000 duit bonus untuk hias kelas saya, tetapi saya cari dana dan penaja swasta untuk dapatkan smart TV, penghawa dingin, kipas, meja dan sebagainya untuk anak murid saya. 

“Tidaklah senang prosesnya namun rezeki dah tertulis anak murid saya dapat gunakan smart TV dan bilik yang sangat selesa. 

“Punyalah seronok anak-anak dapat belajar dengan selesa dan ada kemudahan lengkap apatah lagi dengan adanya Smart TV tak berkelip mata mereka," tulisnya dalam video tersebut.

@yuslanibr Maaf saya tak habiskan duit bonus untuk keceriaan kelas dan saya tak viral, ini secebis kisah cikgu yang membuat apa sahaja untuk anak-anak murid mereka.. T AEON Smartclasroomfypシ゚viral #cikgu #dekokelas #smartclassroom #fypシ゚viral #aeonsmartclass ♬ Hasrat (OST Imaginur) - Amir Jahari

Yang menariknya, kelas yang dihias oleh cikgu lelaki itu bukan hanya nampak kemas dan cantik tetapi ia juga lengkap dengan televisyen, sofa, penghawa dingin dan banyak lagi. 

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji usaha cikgu tersebut. Malah ada yang menganggapnya seperti sekolah di luar negara.

"Rasa mcm belajar kt sekolah kt england masa sy kecik2 dulu. Mantap cikgu.

"Selesa budak2 nk belajar. x serabut dgn poster2 di dinding.

"Bagus mcm ni. Takda la bazir duit buat lgsir rambu ramba pastu wallpaper la pastu mural la. Serabut," tulis mereka. 

 

Sumber: TikTok

Destination: