"Dalam Hati Siapa Yang Tahu" - Pengantin Lelaki Bersanding Bersendirian Tanpa Isteri Di Sisi

TERKINI
January 17, 2024 - 11:54 AM


Rezeki, jodoh & ajal semua itu telah diaturkan oleh Allah SWT. Kita sebagai hamba-Nya, hanya mampu berdoa dan berusaha sehabis baik. Kadangkala, hayat jodoh kita dengan seseorang itu boleh jadi begitu pendek. Ingatlah, pasangan kita itu pinjaman dari illahi.

Baru-baru ini viral satu klip video di platform TikTok, seorang pengantin lelaki yang dikenali sebagai Daniel dan berasal dari United Kingdomlengkap berbusana tradisional Melayu itu kelihatan sedang bersanding seorang diri tanpa isteri disampingnya.

@ewansani84

Walaupun nmpk happy dlm hati dia je yg tahu..

♬ Sound Sedih Fyp - ASBUN

Difahamkan isteri kepada Daniel iaitu Nur Farah Ashykin meninggal dunia akibat kanser limfoma pada 7 Januari lalu. Mereka telah pun bernikah di Jepun namun belum sempat mengadakan majlis resepsi.

Arwah tidak sempat untuk menyarung busana resepsinya kerana telah menghembuskan nafas terakhir sebelum majlis persandingannya.

Di ruangan komen, rata-rata warganet turut sebak melihat Daniel dan mengagumi ketabahan hatinya untuk tetap meneruskan majlis. Dalam masa yang sama mereka juga mendoakan arwah Farah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.

Destination: