Didakwa Campak Barang & Halau Pelanggan Keluar Dari Homestay, Owner Tampil Beri Penjelasan

TERKINI
February 13, 2024 - 12:23 PM


Memandangkan cuti tahun baru Cina dan cuti sekolah sudah bermula, pasti ramai yang akan pergi bercuti ke sesebuah tempat pelancongan. Selalunya, mereka yang bercuti dalam kelompok yang ramai pasti akan menyewa homestay berbanding tinggal di hotel.

Baru-baru ini, tular sebuah video yang menunjukkan pemilik sebuah homestay bertindak menghalau pelanggan selepas didapati masih tidak keluar daripada rumah.

Tindakannya itu membuatkan pelanggan tersebut merakam pemilik homestay berkenaan yang mengeluarkan barang-barang milik mereka dari rumahnya.

Menerusi video-video tersebut, pelanggan terbabit mendakwa tindakan wanita tersebut adalah tidak patut dan biadap lagi-lagi sehingga melempar makanan.

Namun begitu, pihak homestay tersebut telah memberitahu hal yang sebenar menerusi kenyataan yang dibuat di halaman Facebook homestay itu.

Homestay berkenaan menjelaskan bahawa mereka sudah memberi peringatan untuk 'check-out' daripada rumah kerana ada pelanggan lain yang akan masuk ke rumah tersebut dan ia perlu dibersihkan sebelum pelanggan baharu itu tiba.

Terkini, homestay berkenaan juga ada memberi makluman perkembangan terbaru membabitkan insiden berkenaan di laman Facebook.

Pihak homestay berkenaan mengucapkan terima kasih atas sokongan orang ramai yang tampil mempertahankan tindakan mereka dan memberi kata-kata semangat.

Pihak homestay juga menjelaskan bahawa laporan polis akan dibuat atas faktor keselamatan disebabkan video yang telah tersebar di media sosial.

 

Sumber: Facebook & Says Seismik

Destination: