Dituduh "Kaki Kencing", Aisar Khaled Mohon Maaf Jika Tabur Harapan Palsu

TERKINI
December 26, 2023 - 05:55 PM


Sejak kebelakangan ini, nama "content creator" yang sedang hangat diperkatakan iaitu Aisar Khaled menjadi perhatian pengguna media sosial. Ramai yang mula tidak senang dengan tindakan Aisar Khaled bahkan ada yang memanggilnya "Kaki Kencing" & juga scammer.

Semuanya bermula dengan cara Aisar Khaled yang mempengaruhi penontonnya untuk share & like sebelum menyatakan hajat mereka di ruangan komen. Rata-rata golongan yang tidak berkemampuan tidak melepaskan peluang untuk menerima "rezeki" dari Aisar.

Namun, ramai yang menyatakan Aisar banyak kali berjanji untuk memberikan hadiah kepada pengikut media sosialnya tetapi semuanya itu hanya harapan palsu. Setelah beberapa minggu isu ini meniti di mulut netizen, Aisar tampil melalui satu video yang dimuatnaik di akaun instagramnya.

Aisar memohon maaf jika dirinya ada memberi harapan kepada sesiapa. Aisar mengaku meminta pengikut media sosial atau penonton live komen perkataan tertentu dan akan berkongsi rezeki dengan mereka.

Tetapi, dia hanyalah orang biasa dan rezeki yang dikongsi setakat yang mampu sahaja. Dia berjanji akan perbaiki kesilapan diri dan melakukan yang terbaik untuk semua selepas ini. Katanya lagi, dah 3 tahun Aisar membuat content begini dan tiada masalah yang timbul.

Destination: