Dua Kasino Lama Di Genting Ditutup Serta-Merta, Hanya Tinggal Satu Yang Masih Beroperasi

TERKINI
February 29, 2024 - 11:55 AM


Resort World Genting Bhd telah mengumumkan penutupan dua daripada tiga kasino di Genting Highlands berkuat kuasa semalam.

Dalam satu kenyataan ringkas di laman web Resorts World Genting (RWG), dua kasion tersebut iaitu Genting Casino 1 (Circus Palace) dan Genting Casino 2 (Hollywood) akan ditutup berkuat kuasa 28 Februari.

Pelanggan dimaklumkan untuk terus ke SkyCasino yang lebih baharu dan moden. Resort itu juga menawarkan perkhidmatan ulang-alik ke SkyCasino, yang terletak di SkyAvenue, untuk memastikan tetamu boleh meneruskan aktiviti permainan mereka tanpa gangguan.

Sehingga kini, tiada sebab yang diberikan di atas penutupan kedua-dua kasino tersebut.

Namun menurut satu sumber, selepas wabak Covid-19, ramai pelanggan kurang pergi ke kasion yang 'lama' kerana lebih suka akan suasana moden SkyCasino.

RWG merupakan destinasi resort bersepadu utama Malaysia dengan memiliki kira-kira 10,500 bilik di tujuh hotel. Genting Malaysia juga memiliki dan mengendalikan Resorts World Kijal di Terengganu dan Resorts World Langkawi di Pulau Langkawi.

 

Sumber: The Vocket

Destination: