Dua Pelajar Cedera Akibat Diserang Hendap Sekumpulan Lelaki

TERKINI
March 19, 2024 - 03:47 PM


Dua pelajar sekolah menengah cedera di kepala dan badan akibat diserang dan dipukul sekumpulan lelaki di hadapan sekolah sekitar Sg Long Kajang, di sini, Khamis lalu.

Difahamkan, insiden pergaduhan itu berjaya dirakam dan tular di laman Facebook di mana kejadian berlaku waktu tamat sesi persekolahan pagi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian pada pukul 3.04 petang.

“Dua pelajar sekolah diserang lebih kurang 10 lelaki tempatan menggunakan senjata paip PVC dan batang besi sebelum melarikan diri menaiki dua buah kenderaan berbeza.

“Kedua-dua mangsa berusia 16 dan 17 tahun telah menerima rawatan di Hospital Kajang dan disahkan mengalami kecederaan di bahagian kepala dan badan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut beliau, pihaknya setakat ini menahan empat suspek berusia lingkungan 18 hingga 21 tahun. Suspek ditahan reman sehingga Jumaat ini bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

Sehubungan itu, polis masih giat mengesan baki suspek yang terlibat manakala punca kejadian masih tidak dapat dipastikan

 

Destination: