FamilyMart Umum Itochu Aviation Batal MoU Dengan Syarikat Israel, Tegas Dengan Prinsip Tak Sokong Keganasan

TERKINI
February 06, 2024 - 11:36 AM


Beberapa hari kebelakangan ini, naik isu yang membabitkan kedai serbaneka popular, Family Mart yang dikatakan mempunyai kaitan dengan syarikat Israel. 

Ini kerana pemegang saham terbesar FamilyMart adalah Itochu Corp, dikatakan bekerjasama dengan Israel melalui Itochu Aviation, salah satu anak syarikat Itochu Corporation. Hal itu menyebabkan orang ramai mula memboikot franchisee tersebut.

Terbaru, Itochu Aviation telah mengumumkan pembatalan Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan syarikat berkaitan Israel, Elbit Systems.

Menurut FamilyMart Malaysia, Itocgu Aviation mengambil tindakan tersebut semalam.

“Kami ambil maklum mengenai seruan di media sosial untuk memboikot FamilyMart di Malaysia.

“Pada Mac 2023, dilaporkan Itochu Aviation telah menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Nippon Aircraft Supply dan Elbit Systems untuk mengimport teknologi pertahanan ke Jepun bagi tujuan keselamatan negara Jepun.

“Kami dimaklumkan hari ini (5 Februari 2024) oleh FamilyMart Co., Ltd Japan bahawa Itochu Aviation akan menamatkan MoU tersebut, seperti yang dilaporkan dalam berita di Jepun,” katanya dalam kenyataan semalam.

Menurut Family Mart Malaysia, keputusan tersebut dibuat bagi mengikuti langkah kerajaan Jepun yang menyokong terhadap perintah Mahkamah Keadilan Antarabangsa baru-baru ini.

“FamilyMart Malaysia ingin mengulangi pendirian bahawa kami tidak menyokong keganasan atau pembunuhan. FamilyMart Malaysia tidak menyumbang atau menderma atau berurusan dengan Israel,” katanya.

 

Sumber: Instagram