Gara-Gara Kritik Arab Saudi, Warga Malaysia Dipecat & Ditahan

TERKINI
November 06, 2023 - 05:15 PM


Ekoran memuat naik sebuah hantaran di media sosial X, seorang warga Malaysia yang bekerja di Arab Saudi dipercayai telah ditahan sejak semalam oleh penguatkuasa di negara berkenaan.

Berita tersebut dikongsi oleh seorang pengguna laman X yang memohon bantuan dari pihak kerajaan untuk campur tangan mengenai penahanan individu terbabit.

Terdahulu, individu tersebut membuat satu hantaran di X yang mendedahkan 'sisi gelap' negara berkenaan dalam satu komen kepada sebuah hantaran lain yang mendakwa bahawa Arab Saudi tidak prihatin dan peka terhadap nasib penduduk Palestin apabila mengadakan festival muzik 'Riyard Season 2023' pada 28 Oktober lalu.

 

Susulan daripada itu, hantaran individu terbabit mendapat perhatian netizen Arab Saudi yang kemudiannya dikatakan telah dipecat selepas netizen Arab Saudi melaporkan isu tersebut kepada pihak atasan.

Berita penahan individu terbabit telah meraih perhatian ramai, dimana ramai yang bersimpati dengan nasib individu terbabit dan berharap kerajaan Malaysia dapat menyelesaikan perkara tersebut.

Dalam pada itu, seorang pengguna lain di laman X yang pernah belajar di Timur Tengah menasihatkan netizen agar berhati-hati dalam meluahkan pandangan yang dilihat sensitif tentang negara di sana.

 

Kredit: Lobak Merah

Destination: