Gara Gara Naik Ride "Sotong", Dua Pengunjung Cedera Tercampak Keluar

TERKINI
March 07, 2024 - 11:04 AM


Dua pengunjung melalui pengalaman buruk apabila kunjungan ke satu funfair berakhir dengan kecederaan selepas terhumban keluar dari salah satu permainan dalam kejadian berhampiran Kompleks Sukan Likas malam tadi.

Beberapa video yang memaparkan insiden tersebut tular di platform sosial media. Turut memaparkan dua orang mangsa lelaki dan wanita dewasa yang sedang menahan sakit dipercayai terjatuh dari permainan ‘sotong ride’.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Kinabalu, Timbalan Penguasa Bomba 1, Ordine Gilu berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 8.58 malam.

“Sepasukan anggota termasuk pegawai bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Mangsa diberikan rawatan awal oleh anggota EMRS dan seterusnya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) untuk rawatan lanjut,” katanya.

Destination: