Hanya 27% Daftar Padu, Mungkin Ramai Terlepas Bantuan Kerajaan

TERKINI
March 20, 2024 - 02:25 PM


Mereka yang tidak mengemaskini maklumat di dalam sistem Pangkalan Data Utama (Padu) akan tercicir daripada menerima sebarang bantuan mahupun subsidi Kerajaan.

Namun, menurut Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, bagaimanapun, kerajaan akan menggunakan kaedah pengintegrasian untuk membentuk data yang komprehensif mengikut individu dan isi rumah.

Menurutnya, sehingga 12 Mac, Padu telah mengintegrasikan 314 set data pelbagai agensi yang menjadi asas untuk membentuk profil individu yang komprehensif.

“Ini termasuk maklumat 8.6 juta pemohon Sumbangan Tunai Rahmah (STR) untuk golongan B40 warganegara Malaysia.

“Oleh yang demikian, Kerajaan memohon sokongan dan kerjasama semua pihak bagi meningkatkan usaha mendaftar dalam sistem Padu,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

“Setakat 19 Mac, hampir 6.03 juta bersamaan 27.4 peratus penduduk tetap di Malaysia telah mendaftar Padu,” ujarnya. 

Inisiatif kerajaan melalui Pangkalan Data Utama (Padu) kurang disambut baik oleh rakyat Malaysia. Ramai yang berpendapat data yang telah diberikan sebelum ini sudah memadai. Ada juga yang berpendapat tiada sebarang faedah untuk mengemaskini Padu.

Destination: