"Hari-Hari Masuk TV, Kena Lah Up Harga" - Harga Rumah Di Apartment Idaman Naik

TERKINI
December 13, 2023 - 11:28 AM


Peristiwa kehilangan dan pembunuhan kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan di kawasan perumahannya, Apartment Idaman, Damansara Damai telah menyebabkan apartment tersebut menjadi terkenal.

Dan hal itu telah menyebabkan berlaku satu kejadian dimana pemilik salah satu unik di apartment tersebut bertindak untuk menaikkan harga rumah.   

Menurut satu hantaran di Facebook oleh seorang ejen hartanah yang menguruskan jual beli unit tersebut, pada awalnya rumah unit bawah itu nak dijual dengan harga RM168,000. Namun bila ada ‘prospect buyer’ yang berminat nak beli, tiba-tiba pemilik menukar harga kepada RM200,000.

Alasan yang diberikan pemilik kerana apartment berkenaan kini sudah popular, hari-hari keluar berita di televisyen. Hal itu menyebabkan individu itu sendiri ‘speechless’ dengan tindakan owner tersebut. 

 

​​

Akibat daripada kenaikan harta tersebut, ‘prospect buyer’ tersebut tidak jadi untuk melihat rumah tersebut seterusnya menyebabkan pembelian gagal. 

Memang patut pun buyer lari, ada naikkan harga sebab masuk TV lagi-lagi membabitkan kes bunuh...

 

Kredit: Oh Media

Destination: