'Hijack' Mall Di Belanda, Aktivis Pro-Palestin Ajak Boikot Produk Pro-Israel

TERKINI
December 28, 2023 - 03:59 PM


Kekejaman yang dilakukan Israel terhadap rakyat Palestin telah menyedarkan masyarakat dunia tentang kepentingan memboikot jenama dan produk yang menyokong negara haram berkenaan. Pelbagai senarai produk, jenama dan perkhimatan yang menyokong Israel telah dikeluarkan oleh aktivis-aktivis Pro-Palestin agar orang ramai berhenti membeli dan mengguna produk-produk tersebut.

Terkini, tular satu video di instagram apabila sekumpulan aktivis Pro-Palestin telah 'mengambil alih' sebuah pusat membeli-belah di Amsterdam, Belanda.

Difahamkan, aksi para aktivis yang bergabung dengan Workers for Palestine tersebut terjadi ketika orang ramai sedang membeli-belah untuk perbelanjaan hari Krismas.

Menerusi video tersebut, aktivis dilihat telah 'hijack' pembesar suara dan kedengaran suara rakaman seorang wanita seperti annaouncer yang menyerukan pengunjung untuk berhenti berbelanja dan membaca risalah yang dijatuhkan lalu mengajak orang ramai untuk memboikot produk-produk pro-Israel.

"Kami mengajak anda untuk berhenti berbelanja ketika bom-bom sedang digugurkan.

"Ketika anda membeli produk seperti L'Oreal, Chanel, Dior, anda telah memastikan Israel akan terus melakukan pembunuhan dan penghapusan rakyat Palestin," kata suara tersebut.

Menjengah ke ruang komen, rata-rata orang memuji tindakan tersebut dan mengharapkan kempen memboikot barangan Pro-Israel akan berterusan.

 

Sumber: Instagram

Destination: