Indeks Kebebasan Media: Kedudukan Malaysia Merosot, Bukan Lagi No 1 Di Asean

TERKINI
May 06, 2024 - 02:33 PM


Dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 yang diterbitkan oleh Reporters Without Borders (RSF) pada tahun ini, kedudukan Malaysia dilaporkan telah merudum.

Malaysia kini berada di tangga ke-107 pada tahun ini berbanding kedudukan ke-73 pada tahun 2023 sekaligus kehilangan takhta sebagai negara ASEAN yang mempunyai indeks kebebasan media terbaik kepada Thailand.

Prestasi yang semakin menurun itu mencatatkan penilaian Malaysia yang semakin jatuh kepada 52.07 mata berbanding 62.83 mata. 

Bagi negara ASEAN, Malaysia berada di kedudukan kedua dipintas oleh Thailand yang berada pada tangga ke-87 diikuti Indonesia (111), Brunei (117), Singapura (126), Filipina (134), Kemboja (151), Laos (153), Myanmar (171) dan Vietnam (174). 

RSF turut mengeluarkan analisis bahawa antara faktor penurunan kedudukan Malaysia dalam indeks kebebasan media adalah disebabkan tindakan kerajaan yang menyekat perkongsian berhubung kritikan kepada kerajaan dan juga sensitiviti terhadap kaum, agama serta raja. 

“Pihak berkuasa memberi tekanan kepada wartawan penyiasatan, dan monarki adalah subjek yang sangat sensitif, begitu juga perbincangan mengenai kaum dan agama.

“Sebarang bentuk ulasan atau pelaporan yang dianggap kritikal terhadap monarki boleh mengakibatkan pendakwaan yang membawa kepada kawalan tapisan sendiri yang meluas mengenai perkara itu,” ulas RSF. 

Untuk info, Indeks Kebebasan Media Dunia akan diterbitkan oleh badan antarabangsa pada 3 Mei setiap tahun. 

 

Sumber: Astro Awani

Destination: