Jakim Tepis Dakwaan Terima Dokumen Susur Galur Maula Amin

TERKINI
February 27, 2024 - 04:40 PM


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menafikan menerima sebarang dokumen daripada Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia.

@duam_media #Cuplikan #SidangMedia #NurAlMustafa #fypシ ♬ 【No drums】 Emotional space-like epic ... - MoppySound

Ia bagi menjawab dakwaan pertubuhan tersebut dalam satu sidang akhbar baru-baru ini berkenaan bukti yang telah diserahkan kepada Jakim berhubung nasab Mawla Mohamed Amin al-Hassani.

Justeru, Jakim dalam satu kenyataan hari ini menafikan menerima sebarang dokumen seperti yang didakwa pertubuhan tersebut.

“Mereka (Pertubuhan Nur AlMustafa Malaysia) memaklumkan bahawa pihak mereka telah mengemukakan bukti dokumen berkaitan kepada pihak Jakim.

“Pihak kami ingin memaklumkan, tiada sebarang dokumen sebagaimana yang dinyatakan diterima oleh Jakim,” katanya ringkas.

Destination: