Kantoi Curang, Wanita Berbaring Atas Jalan Minta Suami Pujuk

TERKINI
December 29, 2023 - 11:58 AM


Selalunya apabila seseorang itu melakukan sesuatu kesalahan, pastinya mereka akan memohon kemaafan selain berjanji untuk tidak mengulangi kesilapan yang telah dilakukan.

Namun begitu, lain pula yang berlaku kepada sepasang pasangan suami isteri dari Hainan China. 

Menerusi satu video yang tular, kelihatan seorang wanita berbaring di atas jalan kerana merajuk terhadap suaminya selepas dia ditangkap berlaku curang.

Menerusi laporan Tribun News, seorang pejalan kaki yang bernama Song, menyangka wanita yang berbaring itu mungkin mengalami depresi ataupun mabuk sehingga dia terbaring di atas jalan.

Dia pada mulanya mahu membantu wanita tersebut tetapi tidak dihiraukan sebelum mula menyedari wanita itu sebenarnya tidak mabuk.

Sewaktu Song ingin beredar, seorang individu pergi kepadanya dan menjelaskan perkara yang sebenar.

Menurut individu itu, suami Truong baru saja menangkapnya berlaku curang di sebuah hotel sehingga menyebabkan mereka bertengkar di tepi jalan.

Ketika bertengkar, Truong meminta suaminya untuk membawa pulang dengan cara berbaring tetapi melihat tindakan tidak tahu malu itu membuatkan dirinya ditinggalkan di jalanan begitu saja.

Adeh, lain macam eh. Dia yang buat hal, dia pula yang nak merajuk...

 

Sumber: Tribun News

Destination: