"Kau Ingat Kau Sorang Je Boleh Record?" - Wanita Berang Pemandu Bas Tak Buka Pintu Ketika Bas Berhenti

TERKINI
January 02, 2024 - 01:27 PM


Selalunya bila menjelang tahun baru, kita akan berazam untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari tahun yang sebelumnya. Namun, biarpun baru sehari pada tahun 2024, sudah ada satu klip video yang menaikkan darah netizen.

Berdasarkan video, kelihatan seorang wanita yang tidak berpuas hati apabila pemandu bas tidak membenarkannya memasuki bas ketika bas itu sudah berhenti. Yang menjadi tumpuan netizen adalah intonasi wanita tersebut yang dianggap biadap dan kurang ajar.

Netizen mendakwa bahawa pemandu bas tersebut adalah seorang wanita yang sudah berumur. Biarpun dalam keadaan tegang, pemandu bas tersebut tetap menerangkan ada jadual yang patut dipatuhi oleh setiap pemandu bas.

Penumpang hanya dibenarkan masuk bila sudah tibanya waktu berlepas. Kalau ya pun tak puas hati, cakap elok-elok ya kak. Bahasa jiwa bangsa! 

Destination: