Lelaki Tidak Sedar, Dakwa Ditolak Makhluk Halus Dari Jambatan Tendong

TERKINI
April 15, 2024 - 04:42 PM


Seorang lelaki nyaris lemas apabila terjatuh ke dalam Sungai Kelantan dari Jambatan Tendong di sini selepas mendakwa dia ditolak individu tidak dikenali atau makhluk halus dalam kejadian awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4 pagi itu, mangsa yang berusia dalam lingkungan 40-an sempat diselamatkan oleh sekumpulan pemancing yang menaiki tiga buah bot

Saksi kejadian, Nahisam Mohd. Nor, 50, berkata dia menyedari kejadian itu selepas terdengar ada objek yang jatuh dari jambatan itu.

Menurutnya, salah seorang pemancing itu kemudiannya melihat mangsa sedang berdiri atas tapak lama jambatan tersebut yang berada di dalam Sungai Kelantan.

“Menyedari mangsa jatuh ke dalam sungai, saya terus menghidupkan enjin sebelum bergegas menghampiri lelaki terbabit.

Destination: