"Makan Lobster Boleh, Nafkah Anak Tak Mampu Pula?" - Cik Pia Kesal Bos Kay Culas Bayar Nafkah

TERKINI
November 08, 2023 - 12:16 PM


Masalah rumah tangga antara influencer Boss Kay dengan bekas isterinya, Cik Pia sering menjadi perhatian warganet oleh kerana kedua-duanya sering bersuara mempertahankan diri masing-masing di media sosial.

Baru-baru ini, Cik Pia atau nama sebenarnya Nor Sufia Johari sekali lagi meluahkan rasa tidak puas hatinya terhadap bekas suami dalam satu sesi live di Tiktok. Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna Tiktok, kelihatan Cik Pia sedang menangis sambil menceritakan keadaan bekas suaminya yang berseronok dan bermewahan tetapi culas dalam membayar nafkah anak.

 

@nasshopp_ No caption, sakit dadanya boleh rasa smpi ke sini :'( #cikpia #foryoupage ♬ A sad, sad, sentimental ballad(1265603) - ayumu tanahasi

"Tak mampu nak bagi anak nafkah tapi makan dekat restoran mewah. Makan lobster beb, buat live satu dunia nampak kau makan lobster. Malu lah.

"Kau cakap dalam mahkamah kau tak mampu bagi nafkah sedangkan kau baru balik dari Thailand. Aku sakit hati tengok,” luahnya.

Wanita itu juga berkata walaupun dia mempunyai adik beradik serta ibu bapa, dia tidak mahu membebankan mereka dengan meminta tolong.  Dia juga meluahkan bahawa tidak mudah untuk membesarkan anak seorang diri.

Selain dari pada itu, Cik Pia juga meminta agar wanita yang teraniaya sepertinya diberikan perhatian oleh semua pihak yang berwajib, dia juga mendoakan agar wanita-wanita di luar sana yang sedang berjuang agar diberikan kekuatan.

 

Kredit: Lobak Merah & TikTok

Destination: