"Makan Modal" - Pengguna Facebook & Instagram Perlu Bayar RM50 Sebulan?

TERKINI
November 07, 2023 - 03:27 PM


Berita gempar! Pengguna Facebook dan Instagram di Malaysia mungkin perlu bayar untuk menggunakan kedua-dua platform media sosial tersebut! Betul ke?

Meta telah pun memulakan bayaran tersebut di negara Kesatuan Eropah (EU) sekaligus3 pengguna boleh menikmati rangkaian sosial itu tanpa iklan dengan melanggan versi khas yang dikenakan caj sehingga $13.79 (RM 64.41)

Menurut Meta, syarikat induk pemilik Facebook dan Instagram, versi rangkaian sosial tanpa iklan itu sebagai cara untuk mematuhi peraturan privasi data blok itu.

Bermula pada November, pengguna yang menggunakan komputer atau desktop boleh membayar $10.50 (RM 49.04) sebulan manakala pengguna Apple iOS atau Android akan dikenakan bayaran $13.79 (RM 64.41).

Harga yang lebih tinggi mencerminkan komisen lebih tinggi dikenakan oleh aplikasi Apple dan Google pada pembayaran dalam aplikasi, kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Setakat ini, tiada khabar berita bahawa pengguna di Malaysia perlu membayar. Namun kalau korang semak dengan iklan yang ada, apa salahnya langgan kan? 

Destination: