Malaysia Miliki 'Pencakar Langit' Terbanyak Di Asia Tenggara, Tempat Ke-4 Secara Global

TERKINI
March 04, 2024 - 04:12 PM


Malaysia mempunya jumlah keseluruhan sebanyak 366 pencakar langit, menjadikannya negara dengan jumlah pencakar langit tertinggi di Asia Tenggara.

Merujuk pada data daripada  Council on Tall Buildings and Urban Habitat dan laporan berita dari Indonesia, Seasia, melaporkan bahawa Malaysia mempunyai 293 bangunan yang lebih tinggi daripada 150m, 67 bangunan yang lebih tinggi daripada 200m, dan enam bangunan yang lebih tinggi daripada 300m.

Malaysia mendominasi dalam ketiga-tiga kategori ketinggian bila dibandingkan dengan negara-negara jirannya.

Secara global, Malaysia menduduki tempat kedua di Asia dan tempat keempat di dunia dari segi jumlah pencakar langit.

Menurut data terkini yang tersedia sehingga Februari 2024, Malaysia mengalami peningkatan yang signifikan dalam kedudukannya di kalangan negara-negara dengan jumlah pencakar langit terbanyak, naik dari tempat keenam pada tahun 2023 kepada tempat keempat hanya dalam masa satu tahun.

Malaysia hanya berada di belakang China, Amerika Syarikat, dan Emiriah Arab Bersatu, di mana masing-masing memiliki 4549, 1168, dan 527 pencakar langit.

Sementara itu, Pulau Pinang, Johor Bahru, dan Petaling Jaya juga menduduki tempat di antara 15 bandar dengan jumlah pencakar langit terbanyak di Asia Tenggara.

Destination: